Social Icons

.

Pages

Showing posts with label My Masterpiece. Show all posts
Showing posts with label My Masterpiece. Show all posts

Saturday, 12 January 2013

'Like' : Satu Muhasabah

Assalamualaikum.

Hari ni Facebook dah menjadi satu 'kefardhuan' bagi semua manusia. Janggal dan pelik andai ada yang menyatakan dia tidak mempunyai account FB, paling kurang pun pasti ada account walaupun hanya online seminggu sekali. Antara perkara yang menarik di ruangan maya tersebut adalah button 'like' yang diberikan hak sepenuhnya kepada pengguna laman sosial tersebut untuk menggunakannya.



Bagi aku, button tersebut dilihat sangat berpengaruh namun kadangkala tidak bermakna untuk digunakan. Masakan tidak, walaupun status yang dikeluarkan persis kumpulan ayat-ayat sampah bahkan luahan perasaan yang tak berkaitan, namun entah bagaimana mereka menilai 'hasil buangan' tersebut. Tidak kurang juga status carutan dan makian yang mempu mengumpul hampir ribuan 'like' dari pembaca status tersebut.


Mengharap Sesuatu Yang Tidak Perlu

Namun, sebagaimana biasa manusia sentiasa memerlukan perhatian. Mahu dirinya dilihat 'top', dilihat 'cerdik' walaupun hakikatnya kurang isi dikepala, tidak kurang juga ada yang mahu dilihat 'alim' walaupun mengaji agama takat Alif, Ba dan Ta. Apabila mahu berkongsi sesuatu dihalaman Facebook, antara perkara yang bermain dikepala adalah :

  • Agak-agak ada orang like tak status aku
  • Kalau aku post kang mesti ramai yang tak setuju
  • Ayat tak sedaplah, nanti orang tak puji

Mengapa penilaian mereka-mereka yang mempunyai kelemahan yang kita titik beratkan? Andai 'status' yang ingin dikongsikan itu benar dan bermanfaat, postkan sahaja tanpa memikirkan reaksi yang diterima. Sindrom ini juga berlaku kepada mereka yang 'beragama', bimbang akan di cerca, dikritik dan dipulaukan, lalu pantas diam seribu bahasa dari menyebarkan kebenaran.

Kerana Siapa Dan Mengapa.?

Hakikatnya kerana siapa status itu dikongsikan? Adakah dengan hanya berlisankan 'wahyu' di halaman sosial namun berperilakuan sebaliknya di luar, anda akan dilihat 'baik' disisi orang sekeliling? Dangkal! Hari ni manusia semakin bijak menilai, untuk mentuturkan bahasa yang dilihat indah sangat mudah namun untuk merealisasikannya di dunia relaiti, ramai yang tersadai.

Adakalanya button 'like' tersebut sangat bahaya. Riak dan takkabur mudah meresapi bagi mereka yang tidak mempunyai visi. Andai jumlah 'like' yang dikejar, maka itulah yang diperolehi. Maka tidak hairanlah ada yang sanggup mencipta, men'copy' sesuatu 'ayat' yang kononnya disandarkan kepada Nabi lalu dipostkan tanpa meniliti dahulu dari mana sumber itu diambil. Lalu diri berasa bangga kerana mendapat perhatian, dipuji kerana kononnya 'berdakwah' lantas dicop sebagai insan 'berilmu'. Perhatikan tujuanmu wahai saudara, kita hanyalah insan yang dicipta.

"Sesungguhnya, setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan bagi setiap orang itu apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah kerana apa yang dikehendaki."
(HR Bukhari dan Muslim)
Hati-Hati Dalam Berkongsi

Tidak kurang juga mereka-mereka yang berkongsi sesuatu hanya dipandu oleh desakan nafsu. Kesemua perkara yang dibaca, dilihat dan didengari, kesemunya mahu dikongsikan dalam misi untuk mengejar button 'like' tersebut. Penilaian 'agama' lansung dibuang entah kemana, yang penting apa yang ditulis, kelihatan 'syurga' dimata manusia.

Berkongsi sesuatu yang dilihat islamik sangat besar ganjarannya, namun andai yang islamik itu hanyalah sekadar rekaan, hanya dosa yang disediakan sebagai balasan.

Dari Abu hurairah radiallahu 'anhu,sesungguhnya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Cukuplah seseorang itu dikatakan sebagai pendusta ketika dia menyampaikan setiap apa yang dia dengarkan."
(HR.Muslim dan Abu Dawud)

Pantang ada sesuatu yang menarik untuk diberitakan, sesuatu yang sensasi untuk dicerita dan dikhabarkan, pantas ruangan sosial tersebut dijadikan tempat melampiaskan segala pengalaman.

Bekata baiklah ataupun diam!

Apabila Yang Jahil Menjadi Penilai.

Apabila kita berkongsi sesuatu, fikirkan dahulu mengenai kesan dan akibat dari status tersebut. Bayangkan andai kita post sesuatu yang meleset seperti sejarah sesuatu perkara, adab seseorang individu dan sebagainya, dan mereka yang membaca status tersebut pantas  menekan button 'like' sebagai tanda setuju dan mempercayainya, maka  siapa lagi yang akan dipertanggungjawabkan untuk menanggung semua dosa yang menyebabkan mereka tersasar dari kebenaran melainkan kita sendiri yang menjadi puncanya.

Berkongsilah perkara yang benar-benar perlu dan sahih terutama didalam hal berkaitan agama, agama ini milik Si Pencipta dan tidak layak untuk kita merubah dan menambah perkara yang sedia ada. Berhati-hatilah juga ketika memberikan 'comment' kerana disana juga ada insan  'jahil' yang membacanya. Beranilah untuk berkata 'aku tak tahu' berbanding mengeluarkan 'fatwa' sesuka hati tanpa disertakan bukti dan hujjah.


Agama Tidak Mementingkan Jumlah

Jangan pernah merasa gagal andai status yang kita kongsikan itu tidak mendapat perhatian dan tidak di'like' oleh orang yang membaca.  Agama tidak dinilai dengan jumlah orang yang bersetuju dengannya, tidak juga dinilai dengan berapa ramai yang menyukainya , namun cukuplah apa yang dikongsikan itu benar.  Pernah kadangkala aku melihat ada yang berbunyi:

'Nak dibanding status ko dengan status dia, status dia banyak dapat 'like' lagi'

'Ko memang tak boleh lawan dia la, dia sekali post dapt berpuluh 'like''

Untuk apa dikejar 'like' manusia andai kita gagal mendapat 'like' dari Allah dan Rasulnya.  Andai jumlah yang dijadikan sukatan dalam menilai sesuatu perkara, maka adakah layak Nabi Nuh diklasifikasikan sebagai Nabi yang gagal dalam dakwahnya kerana hanya mampu mempunyai pengikut yang boleh dibilang walaupun  berdakwah hampir 1000 tahun? Tidak bukan, jadi usah hairan dan runsing jika apa yang kita kongsikan tidak mendapat sambutan. Konsistenlah dalam menyampaikan kebaikan, kerana Yang Diatas juga sentiasa konsisten memberikan ganjaran atas perbuatan murni itu.


Tuhan Tahu Apa Yang Kita Mahu

Kesimpulannya, kepada tukang post, berfikirlah sebelum berkongsi. Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara. Perbetulkan niat, kejarlah apa yang seharusnya dikejar, usah dipedulikan sanjungan manusia kerana penilaian manusia semata-mata dunia akhirat kemana. Dan kepada yang meng'like', perhatikan apa yang anda baca, perhalusi apa yang anda lihat, berfikirlah sebelum 'beriman' dengan sesuatu fakta. Button 'like' yang anda tekan tersebut sangat memberi kesan, sama ada menjadikan 'tukang post' semakin bersemangat menyampaikan kebenaran ataupun berterusan dalam keadaan takabbur kerana sentiasa mendapat perhatian. 'Like' lah perkara yang bermanfaat, dikhuatiri akan dipersoal dihari perhitungan kelak. 

'Jadikan Facebook sebagai aplikasi yang dikawal dan bukan yang mengawal'



Saturday, 24 November 2012

Antara Fakta Sains Dan Agama.


Assalamualaikum.

Salah satu subjek kegemaran aku di tempat pengajian kini adalah Pendidikan Islam(PI). Walaupun markah ujian dan penilaian bagi subjek tersebut tidak dimasukkan dialam nilai pointer bagi tiap-tiap semester, namun ilmu yang diperolehi dari kelas tersebut berupaya untuk dimasukkan didalam nilai 'pointer' di akhirat kelak. Tidak seperti kelas PI di kelas-kelas lain, metodologi yang digunakan oleh guru yang mengajar aku subjek tersebut sangat menarik. Beliau tidak menekankan kaedah 'nota', 'hafal' dan 'taqlid' namun lebih menekankan kepada kaedah 'fikir', 'hujjah' dan 'aplikasi'.

'Mengapa Allah haramkan babi untuk dimakan?' Ustazah tersebut bertanyakan soalan kepada kami.

'Sebab sains buktikan daging babi banyak kuman' jawab seorang pelajar.

'Sebab babi tak elok untuk sistem penghadaman' seorang lagi memberikan jawapan.

'Bagus, namun andai satu hari nanti sciencetist dapat 'melahirkan' babi yang bebas dari kuman melalui ujikaji, adakah babi halal dimakan? ' Ustazah itu kembali menyoal.

Tiada siapa yang menjawab, bahkan keadaan menjadi senyap seketika. Soalan 'perangkap' yang dilontarkan sebentar tadi sedang 'seronok' menanti reaksi mangsanya. Persoalannya sekarang, adakah babi diharamkan kerana 'kesan sampingannya' atau sebaliknya? . Kadangkala apabila diberi nikmat yang sangat berharga untuk mendalami dan memahami sains, ada segelintir manusia yang lupa nikmat untuk bersyukur bahkan menjerumuskan diri kelembah kufur.

'Kenapa macam ni pula? sains kata lain'

'Selagi sains tak buktikan, aku takkan amalkan'



Berapa banyak buku yang menerangkan hikmah-hikmah perintah Allah dari sudut penilaian sains. Hikmah sujud, rukuk, puasa dan sebagainya dikatakan dapat memberikan impak yang positif kepada kesihatan manusia. Ada benarnya fakta yang dikeluarkan, namun jika tiada satu fakta sains pun yang membuktikan ibadah-ibadah tersebut dapat menyihatkan badan, ibadah tersebut tetap wajib dilaksanakan. Bimbang nanti sampai suatu masa, manusia hanya akan melakukan sesuatu ibadah dan perkara jika hanya fakta sains selari dengan perintah tersebut.

Hakikatnya, fakta sains hanya akan diterima jika selari dengan sumber agama dan ia wajib ditolak jika sebaliknya. Sains memerlukan sumber agama untuk dijadikan rujukan dan bagi membuktikan kebenaran, namun kebenaran sumber agama tidak perlu dibuktikan melalui sains. Realitinya fakta agama sentiasa mendahului fakta sains.

Bukan Semua Perkara Benar Nabi Sebut

Pernah sekali aku berbual dengan seorang rakan mengenai kesihatan, tidak semena-mena terkeluar dari mulutnya:

'Buang air besar waktu pagi kan sihatkan badan, Nabi yang cakap'

Aku cuba untuk mencari kalau-kalau ada dalil dan nas yang berkait dengan apa yang didakwa, namun tidak ketemu hingga kini. Namun jika benar ia wujud, dipersila untuk datangkan dalil tersebut. Tersangatlah bahaya untuk mengaitkan nama Nabi didalam sesuatu kisah dan riwayat, kerana apa-apa yang disandarkan kepada baginda sudah diangkat menjadi sumber agama. Ancaman yang diberikan oleh baginda kepada sesiap yang sewenang-wenangnya menggunakan namanya sangatlah berat.

Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.

Perlu difahami bahawa bukanlah semua perkara yang benar disebutkan oleh Nabi, namun semua perkara yang Nabi sebut adalah benar.Sebagai contoh, kita sering dengar bahawa manusia akan lebih mudah mengingat sesuatu perkara jika ia diilustrasikan didalam pelbagai jenis warna, manusia akan lebih tenang jika melihat warna hijau, warna sekian-sekian melambangkan sekian-sekian, namun adakah boleh kita mendakwa kesemua fakta tersebut terpancul dari mulut Nabi..?

Begitu juga dengan kenyataan mengenai buang air besar tersebut, boleh jadi ia memang menyihatkan badan dari sudut saintifiknya, namun adalah sesuatu yang dangkal untuk mendakwa ia bersangkut paut dengan Junjungan kita.

Kesimpulannya, perlu dibezakan fakta sains dan fakta agama. Fakta sains boleh ditolak dan diterima, boleh berubah dan boleh jadi ia kekal, boleh ditambah juga boleh dibuang. Berbezanya ia dengan fakta agama yakni sumber didalam agama kita, ianya sudah lengkap, wajib diterima haram ditolak, kekal hingga ke hari penghujung dan ia telah sempurna setelah mana kewafatan Nabi tanpa perlu buang apatah lagi ditambah.
Belajarlah sains dengan niat mendalami agama, jangan belajar sains untuk mempertikaikan agama..!






Thursday, 23 August 2012

Andai Hidup Satu Pekerjaan.

Assalamulaikum.

'Ah, dah lambat dah ni. Habislah aku'

Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Ahmad yang sepatutnya masuk kerja pada pukul 8.00 pagi walaubagaimanapun baru terjaga dari lenanya. Tempoh untuk beliau bersiap dan perjalanan ke tempat kerja memakan masa hampir 30 minit.

'Ahmad, kenapa awak lambat??! Saya taknak dengar apa-apa alasan.Gaji bulan ini dipotong 30%!' tengking bosnya.

'Tapi Tuan, saya baru first time lambat, dan bukan saya sengajakan untuk lambat.. Lagipun...'

'Cukup! Saya dah kata, tiada alasan yang saya akan terima!

Keesokan harinya, sekali lagi Ahmad lambat. Kali ini, beliau sampai ke tempat kerja pada pukul 8.30 pagi, lebih awal sedikit daripada semalam.

'Ahmad! Masuk ke bilik saya' arah bosnya.

'Ada apa Tuan panggil saya?'

'Ni ada surat untuk benarkan awak datang lambat dan tak perlu datang terus'

Ahmad dilucutkan serta merta dari perkhidmatannya. Tanpa ada sebarang ruang untuk menyatakan sebab dan alasan, kesudahan kariernye diakhiri dengan surat pemecatan.




Itulah sebahagian rencah alam pekerjaan. Andai arahan dan suruhan dibelakangkan, andai disiplin ditinggalkan maka bersedialah untuk 'dijatuhkan'. Bonus dan kenaikan gaji hanya akan diberikan kepada mereka yang berprestasi tinggi, yang rajin dan yang membawa keuntungan kepada syarikat.


Kalaulah Ia Kehidupan.

Bayangkan andai Tuhan itu 'bos' dan kitalah pekerjanya. Bayangkan segala suruhan yang Tuhan perintahkan sama seperti suruhan yang bos kita arahan di tempat kerja. Solat dilakukan pada waktunya, puasa dilakukan pada bulannya dan ibadah yang lain dilakukan pada masanya. Dan yang paling penting bayangkan jika 'ketegasan' Tuhan sama seperti ketegasan bos di tempat kerja.

'Sesiapa yang melewatkan solat, akan 'dikecualikan' 30% peratus oksigen yang diperlukannya bagi satu bulan'

'Sesiapa yang meninggalkan puasa, akan 'disita' tangan kanan dan kaki kirinya sebagai hukuman kerana meninggalkan puasa'

Benar setiap kemungkaran yang kita lakukan akan ada pembalasan di hari kesudahan kelak, namun jarang sekali Tuhan  membalas direct diatas muka bumi ini. Dia masih memberikan kita peluang untuk berkoreksi dan berubah. Bahkan andai semua perintahnya kita tinggalkan, solat tidak didirikan, puasa tidak dilakukan dan sebagainya, Dia masih memberikan kita nikmat yang sama sebagaimana orang yang menurut perintahnya.

Kalau bos ditempat kerja mengatakan 'sesiapa yang tidak ikut arahan saya, saya akan pecatnya serta merta'. Pernahkah kita terfikir andai Tuhan juga begitu, mengsabdakan 'sesiapa yang tidak menurut perintahku, akan ku cabutkan nyawanya serta merta'. Andai itulah yang berlaku, bilangan makhluk di muka bumi ini boleh dikira dengan jari sahaja. Hakikatnya, bos hanyala berfungsi sebagai penyelia kepada sesuatu syarikat atau institusi kecil, namun Tuhan merupakan penjaga bahkan pencipta alam semesta ini. Dia yang Maha Agung, Maha Besar dan tiada kuasa lain dapat menandinginya, namun seringkali kita lupa bahawa Dia juga adalah Maha Pengampun. :)





Hanya Takwa Jadi Neraca.

Belajarlah untuk bersyukur, walaupun kita seringkali kufur dengan nikmat yang datang percuma, namun Dia tetap memberi kita peluang yang keduanya. Berapa ramai mereka yang berjaya didalam kehidupan, namun tidak pernah walau sekalipun berdoa kepada Dia supaya memberikan kejayaan tersebut. Namun Tuhan memberikan nikmat yang lebih kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya, sama ada mereka yang ingkar mahupun taat. Berlainan dengan sistem pekerjaan, bonus dan kejayaan hanya datang kepada mereka yang rajin dan mengikut perintah sahaja.

Hari ini, hanya mereka yang berkerjaya sahaja dipandang tinggi dan disanjung, manakala sebaliknya kepada mereka yang kurang bernasib baik. Penilaian manusia hanya berkisarkan nilai dan keuntungan, mana-mana yang tidak membawa keuntungan, akan segera 'dicantas'. Berbeza dengan penilaian Tuhan, ia merangkumi skop yang lebih universal yang boleh dicapai oleh sesiapa sahaja dan dalam keadaan apa jua.

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kalian” [TMQ Al-Hujurat:13]



Tidak beerti mereka yang kaya dan mempunyai kelebihan itu disayangi Tuhan, tidak bermakna mereka yang hidup susah dan miskin itu dimurkainya, namun hanya takwa yang menjadi neraca. Berulang kali kita melakukan dosa, berulang kali kita membuat Dia murka namun entah berapa kali Dia memberi peluang untuk kita kembali bertakwa. Sedarilah, Dia yang paling mudah memberi nikmat kepada hambanya tetapi Dia jugalah yang paling 'toleransi' didalam menghukum hambanya. Amatlah malang kepada kita yang tidak bersyukur, bahkan lebih malang kepada mereka yang terus kufur.







Tuesday, 22 May 2012

Kami Juga Diganggu..!

Assalamualaikum.

*'Seorang wanita telah membuat laporan polis kerana beliau dipercayai telah mengalami gangguan seksual oleh rakan sekerjanya' - Petikan Akhbar.


Normal bukan berita sebegini? Bagaimana jika berita tersebut berbunyi begini :

*'Seorang lelaki telah membuat laporan polis kerana beliau dipercayai telah mengalami gangguan seksual oleh rakan sekerja wanitanya'


Kelihatan janggal? Benar, namun hakikatnya itulah yang sedang berlaku. Ramai yang mengganggap hanya kaum Hawa sahaja yang 'diganggu', namun kaum Adam 'diganggu' dengan gangguan yang lebih dahsyat. Buktinya, mana yang lebih menarik perhatian jika dibandingkan antara lelaki memakai seluar pendek ataupun perempuan yang memakai seluar pendek..? Belum tentu wanita tertarik dengan lelaki yang sedemikian tetapi sudah tentu lelaki tertarik dengan wanita yang memakai pakaian sedemikian.

Aku bukan mahu membicara soal 'siapa tertarik dengan siapa', tetapi 'siapa yang menarik siapa'. Berapa banyak kes gangguan seksual yang disandarkan kesalahan jenayah tersebut hanya kepada lelaki. Jarang aku dengar wanita dipersalahkan bahkan sentiasa mendapat hak pembelaan.


Kami Diganggu Dengan Ini!





Lelaki itu ibarat harimau liar yang sedang lapar,wanita janganlah cuba hampiri 'haiwan' tersebut dengan membawa daging ditangan kerna dibimbangi bukan hanya daging yang akan dibahamnya, bahkan nyawa pun belum tentu kekal di'tempat' asalnya. Cubalah fikirkan apa yang kalian lakukan wahai kaum Hawa.Kadangkala sikap kalian menjadi batu loncatan kepada segala pemasalahan. Kalian tidak mahu diganggu tetapi selalu mengganggu. Jadi, rasionalah, jangan sorongkan bantal kepada orang yang mengantuk.



Bukan Mahu Membela


Aku bukan mahu membela kaumku, hanya mahu meletakkan neraca kebenaran di tempatnya. Tidak dinafikan kadangkala lelakilah yang menjadi puncanya walaupun wanita sudah menjaga apa yang perlu dipelihara olehnya. Prinsip yang aku pegang sangat mudah, bunyi tepukan takkan terhasil hanya dengan satu tangan, ia memerlukan kombinasi 'sepasang' tangan untuk menghasilkan bunyi.


"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" (an-Nur : 26) 







Wednesday, 9 May 2012

"Kau Lebih Teruk Dari Binatang"..?

Assalamualaikum.

Bila seseorang melakukan kezaliman dan kekejaman, pasti akan ada yang mengatakan 'kau ni lebih teruk daripada binatang..!'  Kerana apa? Kerana manusia dikurniakan akal fikiran untuk dijadikan petunjuk dalam melakukan sebarang tindakan namun haiwan tidak dikurniakan akal fikiran, jadi usah hairan andai kita terlihat kucing kencing merata, anjing 'melepas' di tepi-tepi jalan, monyet kebas buah-buahan di kebun dan sebagainya. Yang perlu kita hairan dan takjub adalah apabila jika ada manusia yang melakukan apa yang haiwan-haiwan ini lakukan. 'Melepas' di tepi-tepi highway, kencing di longkang kantin sekolah dan 'amalan-amalan haiwan' yang lain.

Dua tiga hari ni gempar mengenai video penderaan yang dilakukan seorang wanita terhadap anaknya/anak saudaranya/anak jagaannya dan sebagainya. Pada mulanya aku menganggap isu ni biasa, kerana ini bukan kali pertama kes seperti ini terjadi. Alangkan makhluk yang berstatus 'janin' pun mereka sanggup jadikan sup, mereka sanggup bakar dan buang di tepi-tepi surau, apatah lagi penderaan kanak-kanak seperti yang diperkatakan. Namun, segalanya berubah apabila aku menonton sendiri video tersebut. Aku masih terfikir kenapa 'wanita' itu tergamak melakukan sedemikian, aku tak nampak walau sedikit pun ehsan dalam diri wanita tersebut. Berkiblatkan nafsu dan hasutan syaitan, tidak mengjengkelkan andai wanita tersebut berkakhlak neo-iblis. Tidak berminat untuk berbicara panjang, lihat sendiri...




Sudah lihat..? Apa perasaan anda, rasa nak marah? rasa nak mencarut ? rasa nak bakar wanita ni dalam 'api neraka'..? Tidak perlu, sebab ramai dah yang menyatakan sedemikan. Dikhabarkan wanita ni sudah ditangkap oleh pihak berkuasa dan telah dijatuhkan hukuman yang bersesuaian. Hukuman dunia mungkin sudah settle, tapi hukuman akhirat sedang menanti untuk dijalani. 'Syurga itu dibawah tapak kaki ibu'.. Namun perbuatan wanita ini menyepak anak kecil tersebut bukanlah beerti beliau mahu memberikan 'syurga', sekadar 'meluluskan' dirinya untuk memijak api neraka. :) Cuba bandingkan seketika dengan sikap dan akhlak haiwan yang 'tidak berakal' ini..




Menghayat hati bukan..? Inilah ukhwah. Inilah adab. Inilah kasih sayang. Dan siapa yang menonjolkan semua ini..? Tidak lain tidak bukan dari kucing yang 'tidak berakal' tersebut. Fikirkan sejenak, haiwan yang tidak berakal masih ada perasaan sayang antara mereka, namun ada manusia yang tiada perasaan sayang dan kasih sesama mereka.. Jadi dimana agaknya wajar untuk kita klasifikasikan individu-individu ini..? Maka tidak hairanlah mengapa ungkapan 'kau lebih teruk dari binatang' itu tercipta.

Kesimpulannya, Allah sendiri dah bukukan dalam kitabnya yang suci :

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah”. -(At-Tin ayat 4-5)

Pesanan ringkas: Ramai kaum hawa di luar sana yang menginginkan cahaya mata namun tidak kesampaian, kalau rasa diri tidak memerlukan si kecil, lebih baik diberikan kepada mereka yang bersedia dari 'memberi' derita kepada yang tidak meminta.






Thursday, 26 April 2012

Kerana Kau Kebenaran



Kerana kau kebenaran
Aku terasa bagai dipinggirkan
Seolah-olah tiada yang meneman
Mereka mula sangsi untuk berhubungan
Umpama diri sentiasa keseorangan
Hidup ibarat insan buangan.

Kerana kau kebenaran
Dahulunya kami duduk sebarisan
Dahulunya kami rakan seperjuangan
Dahulunya kami berjalan seiringan 
Dahulunya saling berjabat tangan
Kini semuanya bagaikan kenangan.

Kerana kau kebenaran
Sesat jalan aku dituduh
Diserang dihina umpama musuh
Mereka fikir aku kan lusuh
Dalam mempertahankan dalil yang kukuh
Di belakangmu sentiasa ku berdiri teguh.

Kerana kau kebenaran
Untuk berkorban aku rela
Walau mungkin hilang semuanya
Walaupun aku kan dipersia
Kerna sudah tertulis janji yang nyata
Akhirat kelak Tuhan kan pelihara.

Kerana kau kebenaran
Kini ku lawan dahulunya teman
Tidak hairan andai dipinggirkan
Tidak runsing andai diperkecilkan
Itu semua sudah dibuktikan
Sejarah silam zaman berzaman.

Kerana kau kebenaran
Sungguh kecil apa yang ku rasakan
Berbanding yang dirasa oleh si Utusan
Walau dijanji lindungan Ar-Rahman
Walau dikelingi Peneman-Peneman
Namun tetap dilanda ujian.


Ghuraba..!












Monday, 23 April 2012

Dakwah : Ilmu Atau Semangat?

Assalamualaikum.

"Daripada Abdullah Bin Amr, sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda : Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat."

Bila dengar sahaja hadith ini, pasti ramai dari kalangan kita merasakan tanggungjawab sebagai seorang pendakwah itu adalah wajib bukan..? Semuanya akan berusaha untuk menjadi seorang pendakwah kepada rakan-rakan mereka. Seluruh platform yang ada dimanfaatkan untuk menyahut seruan dakwah ini. Ada yang menge'post' status-status agama di ruangan Facebook, ada yang menyebarkan mesej-mesej dakwah melalui telefon bimbit dan sebagainya.

Bagi mereka yang masih bersekolah pula, ada yang akan menubuhkan persatuan-persatuan agama seperti 'Badan Dakwah', 'Badan Kerohanian' , 'Badan Ibadah' dan lain-lain. Kesemuanya berlumba-lumba untuk mengikuti tuntutan Nabi S.A.W yang mulia ini. Mereka yang berkebolehan dalam 'membangkitkan semangat' pula akan menggunakan kaedah yang lainnya seperti berdakwah melalui kem-kem, seminar-seminar dan motivasi-motivasi.



Perkara ini sangat baik jika dilihat dari perspektif SEMANGAT. Ya, kesemuanya begitu bersemangat untuk memperjuangkan agama. 'Kami mahu jadi pendakwah!', 'Kami adalah da'ie'. Ini antara slogan-slogan yang digunakan untuk membangkitkan semangat mereka dalam menyebarkan benih-benih agama. Namun, kadangkala kita cukup dangkal dalam bertindak. Saya tidak menyatakan bahawa segala usaha yang mereka lakukan adalah batil, bukan begitu. Cuma adakalanya kita bersemangat dalam sesuatu 'tuntutan', tetapi kita melupakan 'tuntutan' yang lebih penting disebalik tuntutan tersebut. Sebagaimana potongan hadith diatas, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa hadith tersebut ada sambungannya.

"Daripada Abdullah Bin Amr, sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda : Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambila (sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta atas nama ku dengan sengaja, maka tersedialah tempatnya daripada neraka" - Riwayat Al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban

Ya, memang benar Nabi menyuruh kita menyampaikan sesuatu daripada baginda walaupun hanya sepotong 'ayat', namun andai 'ayat' tersebut bukan daripada baginda, tersedialah tempatnya didalam neraka sebagaimana dinyatakan dalam hadith tersebut. Mengapa begitu keras amaran yang diberikan oleh Nabi didalam hadith ini..? Sebagaimana kita tahu, neraka adalah balasan yang paling teruk dan hina di akhirat kelak. Tidak lain tidak bukan, jelas baginda mahu menjaga kesahihan sumber agama yang akan disebarkan oleh umatnya di akhir zaman kelak. Bayangkan lah andai sumber yang sampai pada kita hari ini bukan daripada Nabi, adakah amalan yang kita praktikkan akan diterima oleh Allah..?

Jadi bagaimana kita mahu pastikan sesuatu perkara itu benar-benar daripada Nabi..? Mahu atau tidak mahu, pencarian ILMU itu tetap perlu diutamakan. Mungkin ada yang akan mempertikaikan, "kalau nak cari ilmu,sampai bila-bila pun ilmu takkan cukup, jadi bila nak berdakwahnya..??". Sebenarnya bukan soal yang mana perlu didahulukan, tetapi yang mana perlu diutamakan. Untuk apa kita berdakwah dan menyebarkan apa yang kita tidak tahu. Dakwah yang kita sampaikan juga perlulah selari dan sesuai dengan tahap ilmu yang kita miliki. Jangan bercakap seolah-olah ilmu setinggi awan, hakikatnya hanya serendah rumput ditaman.




Jadi, berhati-hati dengan apa yang kita sebarkan. Tidak salah untuk menyeru manusia kepada kebaikan, namun akan jadi salah jika kita meyeru menggunakan seruan kebatilan. Andai dakwah hanya bersandarkan semangat, akan mudahlah timbul perasaan penat. Namun jika dakwah atas dasar ilmu, takkan timbul sikap jemu. Dengan ilmu, semangat yang ada dalam diri akan terpelihara. Tetapi belum tentu ilmu akan terjaga dengan semangat yang tinggi. Konklusinya, utamakan yang mana yang perlu diutamakan, jangan tersilap dalam percaturan, dibimbangi bercanggah dengan apa yang diperintah Tuhan.






Sunday, 22 April 2012

Terpadamkah Api Itu?

Assalamualaikum.

'Perhatian kepada semua pelajar, anda dikehendaki mandi dengan menutup aurat ketika di asrama. Jika didapati ada yang tidak mematuhi arahan ini, anda akan didenda dengan dibogelkan di khalayak ramai.!'


Hari ini, kita boleh lihat banyak usaha yang dilakukan untuk menyahut seruan 'amar maaruf nahi mungkar' sebagaimana yang dituntut dalam agama. Semakin ramai yang mula sedar akan kepentingan seruan tersebut.
Namun disana, ada sesetengah pihak yang agak keterlaluan dan tersasar 'jalan' yang mereka gunakan untuk mengubah kemungkaran.

Sebagaimana dapat dilihat melalui dialog diatas, jika dipandang secara kasarnya ia adalah sesuatu peraturan atau arahan yang  sangat baik. Pelajar dikehendaki menutup aurat ketika mandi walaupun sesama jantina dan ia bersesuaian sebagaimana dituntut dalam agama. Namun hakikatnya, arahan tersebut tetap salah dan batil jika dinilai dari kaca mata agama. Adakah bersesuaian dan realistik untuk mengaibkan pelajar di khalayak ramai jika mereka tidak menutup aurat ketika mandi di asrama..?




 Prinsip yang jelas untuk merubah kemungkaran namun tidak ramai yang menyedarinya ialah :

 'Kemungkaran tidak boleh diubah dengan kemungkaran'

Mandi di asrama dengan tidak menutup aurat adalah satu perkara yang mungkar. Namun mengaibkan mereka jika didapati bersalah juga adalah merupakan kemungkaran. Banyak lagi contoh yang dapat dilihat yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, kita memberi nasihat kepada rakan untuk kebaikan tetapi dengan diselangi cercaan, hinaan dan kutukan.

'Wey setan, aku dah bagitahu berapa kali dah, jangan mencuri la bodoh!. Korang ni memang nak masuk neraka.. Perangai macam iblis!

Kerap berlaku di sebahagian institusi pendidikan dimana mereka memanggil pelajar-pelajar mereka yang bermasalah di hadapan pelajar yang lain, lalu mereka memberikan teguran dan amaran secara direct di khalayak ramai. Bukankah perkara ini akan mengaibkan pelajar-pelajar tersebut..? Malahan kadangkala segala tuduhan yang dilemparkan adalah tidak benar, bahkan langsung tiada siasatan yang dilakukan. Perkara ini akan menyebabkan pelajar yang tidak bersalah memberontak dan berubah menjadi manusia yang tidak bermoral. Adakah selesai masalah? Tidak bahkan semakin bertambah!

Perkara ini juga dapat diperhatikan dalam industri perfileman. Ramai pengarah pada hari ini sibuk mengarahkan filem yang kononnya berunsurkan 'pengajaran' kepada remaja, namun di dalam filem tersebut sarat dengan adegan yang ganas dan lucah. Alasan yang digunakan adalah untuk memberi pengajaran dan diambil iktibar. Hakikat yang berlaku, remaja semakin hilang arah dan terpesong jauh dari apa yang diharapkan.

Konklusinya, untuk merubah kemungkaran perlu menggunakan cara yang betul. Najis yang dicuci menggunakan air kencing akan kekal dalam keadaan najis. Begitu juga jika kita berusaha untuk memadamkan api menggunakan minyak petrol. Api akan tetap menyala bahkan akan lebih marak. Berhikmahlah dalam bertindak..





Sunday, 18 March 2012

Taat=Hidup Susah, Derhaka=Hidup Senang ?

Assalamualaikum.

Tentu kebanyakan dari kita mempunyai pengalaman melihat 'mereka-mereka' yang derhaka pada perintah Allah namun menikmati kehidupan yang senang lenang, kaya-raya seolah-olah kehidupan mereka sudah berada pada tahap yang amat sempurna. Begitu juga kita dapat lihat rakan-rakan kita di sekolah, sering memperolehi kecemerlangan dalam semua peperiksaan, mudah 'tangkap' apa yang yang guru ajarkan namun 'hubungan' mereka dengan Tuhan sangat jauh.

Tidakkah terdetik di hati kita mengenai susunan yang Dia aturkan ini..? Kalau ikut hukum dunia, sudah tentu 'buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat'.Namun sebaliknya yang belaku. Adakah Dia tidak bersikap adil kepada hambanya..?


"Aku hairanlah, Haji Badrol tu dah la alim, baik dengan orang kampung, selalu ke masjid tapi hidup dia miskin je. Ko tengok Kamil, solat pun jarang, dah la bakhil, sombong pula tu tapi dia hidup dalam kesenangan"

"Aku tak perlulah nak berdoa macam korang ni untuk berjaya dalam peperiksaan, peperiksaan dulu pun aku tak berdoa , cemerlang je result aku. Semua yang aku nak stakat ni, semua aku dapat."

Allah Mengetahui Apa Kita Tidak Ketahui.

Amat perlu untuk kita ketahui bahawa ujian dan dugaan dari Allah tidak hanya datang dalam bentuk kesusahan seperti hidup dalam kemiskinan, gagal dalam peperiksaan dan sebagainya. Akan tetapi Allah juga menguji hambanya dengan memberi kan kesenangan kepada mereka seperti hidup dengan kemewahan, tidak mendapat sebarang penyakit, cemerlang dalam peperiksaan dan lain-lain. Hakikatnya, ujian dalam bentuk ini adalah lebih sukar bagi hamba-hambaNya.

Orang yang diberi kesenangan tersebut akan berasa selesa dengan kenikmatan sementara yang mereka perolehi. Kelalaian yang berpanjangan akan membelenggu kehidupan mereka. Mereka merasakan diri mereka hebat dan tidak memerlukan sebarang pertolongan, walaupun tanpa berdoa dan menyembah Allah. Kesenangan dan kemewahan yang mereka perolehi tersebut akan membuatkan mereka semakin jauh dari dari Allah dan akan rugilah mereka di hari perhitungan kelak.

Akan tetapi, Allah sudah memberi amaran dan peringatan dalam KitabNya mengenai perkara ini:

"Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna bahkan di dunia mereka tidaklah dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperolehi sesuatu di akhirat melainka neraka. Segala yang mereka usahakan di dunia akan lenyap (binasa) dan sia-sialah segala yang mereka kerjakan." (Maksud surah Hud, ayat 15-16).


"Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu melihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Maksud surah al-Hadid, ayat 20-21).

Kesimpulannya, teruskanlah dengan pengabdian diri kita kepadaNya. Inshaallah akan ada kesudahan yang baik dan kita bakal memperolehi kenikmatan yang jauh lebih tinggi berbanding apa yang 'mereka' kecapi di dunia ini. Dan sama-samalah kita berkoreksi diri akan kenikmatan dan kejayaan yang kita kecapi selama ini, adakah ianya bantuan dan balasan baik dariNya ataupun ia adalah ujian untuk menjauhkan lagi diri kita dari rahmatNya...?


Bermuhasabahlah!








Friday, 16 March 2012

Tentang Cinta


Cinta,
Kau sering dipandang hina,
Dikatakan punca segala zina,
Digelar medan menjadi alpa.
Dicerca hina kaulah mangsanya.

Cinta,
Kau hanyalah satu perasaan,
Boleh dikawal oleh sang insan,
Bisa juga dipengaruhi syaitan,
Hanya iman penentu haluan.

Cinta,
Kau mulanya bersifat suci,
Menjadi penghubung dua hati,
Namun tetap perlu dibatasi,
Bimbang ada yang memanipulasi.

Cinta,
Kau dicipta sebagai sunnah,
Kurnian mulia dari Al-Fattah,
Andai sekali tersilap langkah,
Seksaan pedih menanti di Hutomah.


Cintailah Yang Maha Menyintai






Sunday, 11 March 2012

Hakikat Sebuah Ketakwaan

Assalamulaikum.

'Nak buat itu tak boleh, nak buat ini tak boleh!'

'Agama ni memang menyusahkan, semuanya haram!'

Kita selalu mendegar rengetan yang berbunyi seperti diatas bukan..? Ramai yang mempertikaikan mengenai larangan-larangan yang telah ditetapkan Allah dalam kehidupan seharian kita. 'Terlalu dikongkong', 'hidup tidak bebas' antara dakwaan-dakwaan yang sering dilemparkan kepada Pencipta kita sendiri oleh manusia yang tidak sedar diri. Siapakah kita untuk mempersoalkan urusan Dia..? Siapakah kita untuk mempertikaikan ketentuan Dia..? 


Tetapi disana jika diperhatikan dari kaca mata ilmu, jauh lebih banyak perkara yang 'dihalalkan' berbanding perkara yang 'diharamkan' didalam agama namun tidak seorang pun dari kita yang bersyukur akan kelebihan tersebut walaupun ramai yang mengetahui hakikatnya.








Cuba renung seketika apa yang dimakasudkan dengan hukum 'haram':


Perintah dari Allah supaya meninggalkan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang tegas dan  pasti. Orang yang mengerjakannya akan dikeji manakala yang meninggalkannya mendapat pahala.


Mungkin ramai dari kita yang menyangka bahawa cara untuk memperolehi pahala adalah dengan hanya melakukan apa yang diperintahkan. Namun, tidak ramai yang mengerti bahawa meninggalkan sesuatu larangan juga membuahkan pahala. Selagi mana kita tidak melakukan perkara yang haram seperti berzina, mencuri, minum arak dan sebagainya, selagi itulah kita akan berterusan memperolehi pahala dariNya.


Ada sebab Allah mencipta sesuatu 'suruhan' dan 'larangan'. Kerna Dia tahu hambanya sukar untuk memasuki syurga dengan hanya melakukan apa yang diperintahkan. Dengan itu, Dia menyediakan 'larangan' sebagai bantuan kepada kita untuk mengecapi nikmat Al-Jannah.  Perkara ini juga selari dan sesuai dengan apa yang dimaksudkan dengan 'takwa':


Meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah, Dan melakukan apa yang diperintahkannya

Jadi untuk memperolehi ketakwaan yang sebenar, ia tidak akan lari dari melakukan 'suruhan' dan meninggalkan 'larangan'. Tidak layak bagi kita untuk digelar sebagai Muttaqin yakni 'orang-orang yang bertakwa' selagi mana kita tidak mematuhi dua prinsip diatas kerna itulah hakikat sebenar sebuah ketakwaan. 

Berhentilah mengeluh dengan apa yang sudah disyariatkan, berusahalah untuk mengejar kemanisan iman,  mudah-mudahan kita berjaya mengecapi nikmat ketakwaan.






Saturday, 4 February 2012

Itukah Hidayah?

Assalamualaikum.


Cikgu Ayu telah memberi Siti kerja rumah yang perlu disiapkan ketika cuti sekolah dan wajib dihantar selepas sesi persekolahan dibuka. Namun apabila tiba hari yang dijanjikan, perkara yang sebaliknya berlaku.


Cikgu Ayu   : Siti, sila hantar buku kamu, saya nak semak kerja sekolah yang telah saya                 
                    berikan.


Siti             : Belum siap la cikgu.


Cikgu Ayu  : Ha! Kenapa kamu tak siapkan lagi.. saya dah kata ia wajib dihantar!


Siti             : Mungkin belum sampai hidayah untuk saya siapkan kerja tu.


*Satu bentuk 'tapak tangan' indah terukir di pipi Siti akibat libasan back-hand dari Cikgu Siti.




Agak tidak munasabah bukan untuk menerima 'alasan' murid tersebut?. Namun bagaimana jika dialog yang sama digunakan namun berbeza pada isu dan situasi seperti :


"Ala, belum sampai seru dan hidayah dari Allah untuk saya bertudung"


"Nanti bila sampai seru, saya pakai la tudung.. Saya tak nak jadi hipokrit"




Bukankah sama sahaja alasan yang digunakan oleh murid di situasi yang pertama dan wanita yang tidak bertudung di situasi kedua...??






Hakikatnya, itulah alasan yang sering bemain di lisan mereka yang tidak menutup aurat atau lebih spesifiknya mereka yang free hair. Bukankah sudah jelas, terang tanpa perlu disuluh bahawa menutup aurat tu wajib sama ada bagi lelaki ataupun perempuan. Persoalannya, mengapa tiada yang memberikan alasan yang sama ketika diajukan mengenai perintah solat...?


"Kenapa ko tak solat asar tadi...?"


"Belum sampai hidayah untuk aku solat asar"




Kenapa situasi ini tidak berlaku...? Mudah sahaja, kerana perintah untuk menutup aurat tidak dianggap sebesar perintah untuk solat. Sedangkah kesemuanya adalah perintah yang wajib dituruti walaupun perintah tersebut sebesar zarah namun kerfarduannya tetap diambil kira. Jangan salahkan Dia kononnya tidak memberikan hidayah untuk kita turutiNya sedangkan Dia sudah berfirman :


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11




Perkara yang sudah sedia wajib, dan tertulis di kalam Allah dan sabda Rasulnya maka wajib untuk kita patuh dan taat dengan semua yang dipertanggungjawabkan. Tidak wajar untuk mengatakan 'masih belum sampai masa', 'masih menunggu seru', 'bila dah sedia baru saya pakai tudung' dan sebagainya.. Adalah lebih wajar dan perlu untuk kita bertanya kembali kepada mereka yang bersikap sedemikian.


"Bila masa kamu dapat hidayah untuk tidak bertudung...?"


"Allah seru supaya buka tudung ke..?"




Kesimpulannya, jujurlah ketika melafazkan dan memberikan sesuatu alasan untuk membela sebarang kesalahan. Jangan peralatkan 'agama' untuk menyelamatkan diri di dunia. Berterus terang sahaja jika memilih untuk tidak 'bertudung'. Tidak perlu menggunakan helah 'hidayah' dan sebagainya untuk menutup perkara yang sudah jelas bercanggah dan salah. 


"Bukan semua perempuan yang bertudung itu baik , tapi perempuan yang baik akan bertudung"

Saturday, 21 January 2012

Salah satu, salahkah semuanya?

Assalamualaikum.


'Wey, tadi Siti telefon.. Dia ajak kita pergi kuliah maghrib malam ni kat masjid biasa' kata Nur


'Ko dengar sangat cakap dia kenapa, dia tu tudung pun tak pakai ada hati nak ajak gi masjid!' balas Haliza


'La..apa kaitan masjid dengan pakaian dia..? Sekurang-kurangnya dia ada lagi sikap cintakan majlis ilmu' Nur cuba membela.


'Kalau ko nak pergi, ko pergi la.. aku memang takkan dengar apa-apa dah dari Siti tu.. dasar munafiq!' tegas Haliza.


Sudah menjadi kebiasaan, sekali kita melakukan silap akan ada yang 'mengecop' untuk selama-lamanya. Benar, menanggalkan tudung itu satu kesalahan yang sangat jelas, namun ajakan untuk ke masjid itu adakah merupakan satu keburukan..? Begitulah sikap manusia dalam menghukum. Jika melakukan kesalahan dalam satu perkara, anda akan dinilai 'salah' dalam semua perkara.


Manusia yang normal akan melakukan kesilapan dan begitulah sebaliknya. Boleh jadi seseorang itu kurang/salah/lemah dalam satu perkara, namun mungkin dalam perkara yang lain dia jauh lebih baik dari kita. Bagitu juga situasi ini berlaku didalam suasana 'perbezaan pendapat'. Bukan setiap masa dan ketika pendapat kita akan selari dengan kebenaran, dan boleh jadi ada ketikanya pendapat kita jauh dari kesilapan.


Salah dalam satu perkara, tidak menjadikan seseorang itu salah dalam semua perkara. Tidak wajar untuk menghukum individu secara mutlak. Bahkan kadang kala yang apa yang 'dihukum' tersebut langsung tidak berkaitan dengan akhlak seseorang.


Harun  :  Ko tengok Salim tu, pakai seluar jeans. Memang aku agak dah dia ni jenis teruk.


Bachik : Tapi Salim tu ada bagusnya juga, dia jaga solat, rajin mengaji dan senang dengar   
             nasihat.


Harun  : Ah, tapi dia tetap pakai seluar jeans! Dia jahat!




Kesimpulannya mudah sahaja. Dalam perkara yang salah, wajib untuk kita mengatakan ia salah. Namun jika di sana ada kebaikan dari seseorang, wajib dan sangat wajar untuk kita mengatakan perkara itu baik walaupun kadang kala dia melakukan kesalahan. Dia lah yang lebih mengetahui perihal hambaNya. Belajarlah untuk bersangka baik dengan orang lain, sebelum sangkaan buruk yang dilemparkan oleh orang lain keatas kita. 'Manusia dan 'kesilapan' itu ibarat karbon dan oksigen yang tidak dapat dipisahkan untuk membentuk molekul karbon dioksida.



Friday, 20 January 2012

Adilkah Tuhan?

Assalamualaikum.


'Aku rasa hidup ni langsung tak adil! Tuhan langsung tidak memberi hak sama rata antara manusia!' dakwa si A

'Ko jangan berani sangat cakap macam tu.. bahagian mana yang Tuhan tu tidak adil..??' soal si B

'Ala, ko cuba tengok..aku ni kerje petani je, kawan kita tu Abu jadi Doktor.. kereta besar, rumah besar, keluarga besar.. Bakar tu, jadi jurutera..sebulan gaji 5/6 angka.. aku ni, kais pagi makan pagi kais petang makan petang.. kalau tak kais..? Makan angin je la..Tuhan memang jelas tak adil pada hamba Dia..!' jelas si A.


Situasi di atas kerap berlaku dalam kehidupan seharian kita bukan..? Kalau difikir menggunakan logik akal manusia, ada benarnya apa yang didakwakan oleh si A. Bukankah Tuhan itu Maha Kuasa, Maha Esa, dan Maha bijaksana..? Jadi mengapa Tuhan tidak cipta semua manusia ini sama hak miliknya..? Semuanya kaya raya, hidup senang lenang, tiada yang hidup mengemis.. Semua manusia berkereta.. apa yang si fulan ada, si fulan yang lain juga ada benda yang sama.





Namun, itukah definisi keadilan dalam agama..? Andai sesempit itulah maksud adil yang didefinisikan oleh manusia.. Jangan kita hairan andai situasi ini yang berlaku:


Anak  : Ayah tak adil, kenapa kakak dapat baju baru tu, abang tak dapat pun!

Ayah  : La.. Itukah baju kurung, takkanlah abang pun nak pakai baju kurung?

Anak  : Tak kiralah, yang penting ayah kene ADIL dengan anak sendiri!



Janggal bukan..? Kenapa dalam perkara ini, tiada pun yang mempersoalkan mengenai keadilan..? Hehe. Jawapannya mudah sahaja. Cuba cari balik apa maksud 'keadilan' dalam Islam. 


Adil - Meletakkan sesuatu pada tempatnya.


Jadi, Allah dah cipta hambaNya mengikut susunan yang sangat cantik dan mengjangkaui akal manusia itu sendiri. Andai kata semua manusia dicipta menjadi Doktor, sapa yang akan menuai padi untuk dijadikan nasi...? Dan andai kata semua menjadi petani, siapa yang akan merawat mereka-mereka yang sakit...?

Belajarlah untuk bersyukur dengan apa yang ada, kerna di sana masih ada yang tidak mempunyai apa-apa. Menerima nikmat merupakan sesuatu perkara yang sangat mudah, namun untuk mensyukurinya ramai yang ambil mudah.