Social Icons

.

Pages

Thursday 26 April 2012

Kerana Kau Kebenaran



Kerana kau kebenaran
Aku terasa bagai dipinggirkan
Seolah-olah tiada yang meneman
Mereka mula sangsi untuk berhubungan
Umpama diri sentiasa keseorangan
Hidup ibarat insan buangan.

Kerana kau kebenaran
Dahulunya kami duduk sebarisan
Dahulunya kami rakan seperjuangan
Dahulunya kami berjalan seiringan 
Dahulunya saling berjabat tangan
Kini semuanya bagaikan kenangan.

Kerana kau kebenaran
Sesat jalan aku dituduh
Diserang dihina umpama musuh
Mereka fikir aku kan lusuh
Dalam mempertahankan dalil yang kukuh
Di belakangmu sentiasa ku berdiri teguh.

Kerana kau kebenaran
Untuk berkorban aku rela
Walau mungkin hilang semuanya
Walaupun aku kan dipersia
Kerna sudah tertulis janji yang nyata
Akhirat kelak Tuhan kan pelihara.

Kerana kau kebenaran
Kini ku lawan dahulunya teman
Tidak hairan andai dipinggirkan
Tidak runsing andai diperkecilkan
Itu semua sudah dibuktikan
Sejarah silam zaman berzaman.

Kerana kau kebenaran
Sungguh kecil apa yang ku rasakan
Berbanding yang dirasa oleh si Utusan
Walau dijanji lindungan Ar-Rahman
Walau dikelingi Peneman-Peneman
Namun tetap dilanda ujian.


Ghuraba..!












0 comments:

Post a Comment