Social Icons

.

Pages

Showing posts with label My Journey. Show all posts
Showing posts with label My Journey. Show all posts

Tuesday, 25 June 2013

iBNU SiNA : Sahabat Selamanya


Assalamualaikum

Masih aku ingat, hari tu hari anugerah untuk pelajar-pelajar cemerlang negeri Pahang. Aku pergi ke majlis tersebut dengan seorang rakan menaiki keretanya. Memandangkan majlis tersebut berakhir pada lewat dari waktu yang sepatutnya, jadi guru-guru kami tidak memberi keizinan untuk pulang terus ke rumah kerana risaukan bahaya yang menanti dan kebetulan, ada kekosongan di hotel tempat mereka menginap. Jadi kami ambil keputusan untuk tidur semalaman di sana. Sampai sahaja di hotel tersebut, jam sudah menunjukkan pukul 12.30 malam.

'Eh, mana barang aku acap?'

'Barang benda? Ko jangan main-main.'

'Dompet, hp, jam. Aku letak dalam songkok tadi'

'Habis songkoknya mana?

'Tu la takda tu, arrgh! Aku rasa tercicir la kat dewan tadi la. Jom ar pergi tengok balik'

'Okey-okey'

Kami pun bergerak ke dewan tersebut walaupun kedua-duanya keletihan. Sampai saja di dewan tersebut, keadaan sangat lengang. Tiada orang untuk bertanya dan dengan keadaannya yang gelap, jadi menyukarkan aku untuk mencari barang tersebut. Tiba-tiba aku teringat, sebelum kami pergi ke hotel apabila selesai majlis tadi, aku letak songkok aku diatas kereta dia atau dalam bahasa mudahnya kami bergerak ke hotel dalam keadaan songkok aku masih diatas kereta. -.-"

Mahu tidak mahu, kena terima hakikat barang-barang aku yang ada dalam songkok tersebut boleh terpelanting dimana-mana. Dompet yang berisi duit belanja serta duit yang aku dapat dari anugerah tersebut (hang nak sangat letak sampul duit tu dalam dompet sapa suruh), telefon bimbit yang ayah aku hadiahkan, dan jam tangan yang paling aku sayang mungkin tidak menjadi milik aku lagi. Mahu saja aku tinggalkan tempat tersebut namun dia nasihatkan supaya ikhtiar untuk cari dahulu di kawasan sekeliling. Tempat yang aku jangka kemungkinan paling tinggi untuk barang tersebut jatuh adalah di selekoh untuk keluar dari dewan tu. Dia parking kereta di tepi jalan dan aku pun memulakan pencarian. Alhamdulillah aku ditakdirkan menemui songkok tersebut tapi malangnya songkok tu dah leper.

'Aku rase barang ko tu dah kene curi kot sebab sini laluan mat motor'

'Mungkin gak, sebab songkok ada lagi barang dah takda'

Hampir berputus asa untuk meneruskan pencarian, aku mengajak dia untuk pulang ke hotel. Tapi sebelum tu terdetik dihati aku untuk check buat kali yang terakhir. Alhamdulillah sekali lagi aku dapat menemui jam tangan aku walaupun cermin dah pecah. Mungkin kena lenyek sebagaimana songkok tersebut, namun telefon bimbit dan dompet masih belum ditemui. Kami pun ambil keputusan untuk pulang ke hotel.


Masih tidak dibaiki hingga hari ini.


Pagi keesokannya, kami bersiap untuk pulang dan mengambil sarapan terlebih dahulu.

'Acap, jom pergi tengok selekoh semalam tu. Mana tau boleh jumpa barang aku lagi'

'Boleh je, dah bagi tahu mak ayah ko ke belum'

'Betul jugak, aku call dieorang dulu la nanti'

Mak suruh buat laporan polis sebab boleh jadi itu kes kecurian dan aku tahu polis takkan ambil tahu kes aku kalau dieorang tahu kisah sebenar. (Orang letak HP, dompet dalam poket, hang pi letak dalam songkok) Laporan polis tetap kena buat sebab kad pengenalan aku pun dah hilang. Kalau nak buat baru tanpa alasan munasabah, tak pasal-pasal kena bayar. Sebelum pergi balai polis, kami pergi dulu ke selekoh semalam. Memang takda rezeki aku untuk jumpa dua barang tersebut dan aku rasa sememangnya ia dicuri. Laporan polis pun dibuat dan kami pulang selepas selesai semua urusan. (Nasib baik polis tak suruh cerita macam mana boleh kena curi)


Hilang Harta, Kenal Sahabat.

Sengaja aku coretkan peristiwa ini, walaupun dah lama berlalu tapi masih aku ingat sehingga ke hari ini. Dengannya aku dapat mengenali siapa sahabat dan bernilainya sebuah persahabatan. Ramai orang menyanjungi, menghargai dan sentiasa bersama dengan kita diwaktu kita senang, namun dikala susah tidak ramai yang mendekati. Aku tahu rakan aku pada malam itu keletihan, namun dia tetap menghulurkan bantuan. Semua permintaan aku dia tunaikan, bahkan dia turut mencari sama barang aku yang hilang tersebut. Sehingga ke hari ini, dia telah banyak memberikan bantuan pada aku dan sepanjang aku belajar di matrik, sudah dua kali dia menghantar aku pulang dan mengambil aku dari sana.
"Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain"- Bukhari

 
Alhamdulillah, Allah mempermudahkan jalan sahabat aku tersebut pada hari ini. Perjalanan dia sebagai penuntut ilmu sangat cantik dan tersusun. Tidak ramai yang menceburi bidang kejuruteraan dengan berbekalkan 30 juzuk Al-Quran di ingatannya dan itulah kelebihan yang dia perolehi. Barakallahulak.


Dalam Diam Ada Yang Membantu

Memandangkan hp aku pun hilang dalam kejadian tersebut, aku terpaksa buat sim card baru dan semua nombor rakan yang aku simpan sejak sekian lama hilang begitu saja. Cuma, ada satu kejadian yang buat aku terkejut selepas aku aktifkan semula nombor tersebut. Tiba-tiba ada satu mesej aku terima dari nombor yang aku tak kenal (satu nombor pun aku tak hafal sebelum hp tu hilang melainkan nombor keluarga je). Mesej tersebut berbunyi nasihat yang sangat baik dan apa yang mengejutkan ialah mesej itu ditujukan kepada orang yang curi hp aku. Memang aku ada ceritakan kepada beberapa rakan aku mengenai kes kecurian tersebut ketika aku berada di hotel sebelum aku pulang lagi.

Aku ambil keputusan untuk simpan dulu mesej tu sebab aku nak tahu siapa yang hantar mesej tersebut. Lepas aku dah ambil semula semua nombor telefon rakan-rakan aku di sekolah, ternyata mesej tersebut dari seorang rakan kelasku. Namun aku tidak menanyakan kepada beliau mengenai mesej tersebut dan aku tak ceritakan kepada sesiapa pun. Aku terkejut sebab dia bukanlah antara orang yang paling rapat dengan aku dan dia antara orang yang senyap dalam kelas.

Kesimpulan yang aku dapat dari kejadian ni, tak semestinya orang yang rapat dengan kita saja yang akan bantu kita dikala kita susah, namun ada sesetengah insan lebih mengambil berat dan cakna mengenai keadaan kita. Jadi selepas kejadian tu, aku cuba untuk membalas jasa kedua-dua rakan aku ini dengan merapatkan diri dan belajar sesuatu yang berharga dari mereka.



Moga Allah memberkati kalian.
Terima Kasih Tuhan.

Aku selayaknya hanya mampu bersyukur kerana dikurnikan rakan-rakan yang sangat baik dan memahami terutamanya yang sekelas dengan aku. Boleh dikatakan semuanya layak aku gelarkan sebagai sahabat kerana mereka mampu buat aku gembira, mampu membimbing aku dan berupaya membuatkan aku menangis. Sebenarnya semuanya ada keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri yang tidak ada pada aku, dan kerana itu kami saling melengkapi. Tujuan aku menceritakan peristiwa diatas adalah untuk perkongsian saja dan tidak bermakna mereka yang tidak diceritakan itu berbeza kedudukannya. Antara graduasi Ibnu Sina :

1)Irfan   - di Mesir, bakal Doktor.
2)Acap  - asasi UIAM, bakal Engineer.
3)Emy   - persediaan ke Mesir, bakal Ustaz?
4)Wafi  - persediaan ke Jordan @ Madinah, bakal Ustaz?
5)Haziq - UITM, budak Sains Sukan.
6)Mey - UITM, bakal Pharmasist mungkin.
7)Ijan - UITM, bakal Doktor.
8)Usamah - Mesir, bakal Doktor.


Barakallahulakum.


Moga kalian dan aku berjaya dengan karier hidup masing-masing dan berjaya di 'pengakhiran' nanti. Moga persahabatan kita berkekalan. Dan kepada seorang sahabat terbaik aku yang sudah berada di alam yang berbeza, doa aku tidak pernah dan tidak akan putus. Rindu tidak akan berkurangan, sayang tidak akan menipis dan kenangan tidak akan luput. :')




Sunday, 9 June 2013

Alhamdulillah : Result

Assalamualaikum

Keputusan peperiksaan semester program matrikulasi (PSPM II) telah diumumkan. Tiada apa yang aku boleh ucapkan selain melahirkan rasa syukur yang tidak berbelah bagi kepadaNya Ar-Razak. Moga-moga rezeki dan sedikit nikmat yang diberikan ini tidak melalaikan bahkan menjadi satu titik permulaan untuk mencapai kejayaan yang mendatang. Inshaallah.


Tidak sempurna tetapi bermakna 


Terima Kasih :)

#Terima kasih kepada ibu dan ayah. Perkara yang dapat menghilangkan duka dan luka dalam diri aku adalah apabila melihat mereka berdua tersenyum dan gembira.

#Terima kasih juga kepada adik beradik. Kenangkan waktu kita serba kekurangan dahulu, hanya memiliki apa yang sekadar mampu. Buktikan ramainya jumlah kita bukan satu bebanan kepada orang tua seperti apa yang dikata mereka. ;)

#Terima kasih kepada para pensyarah di matrikulasi dan kesemua guru yang pernah memberi tunjuk ajar. Ramai manusia yang pandai mengajar, namun tidak ramai yang berupaya mendidik dan itulah kelebihan kalian.

#Terima kasih kepada semua kawan-kawan. Orang yang terdekat dan berpengaruh disisi aku adalah mereka, kalian 'penjual minyak wangi' yang terbaik.

#Terima kasih kepada semua yang mengenali dan dikenali.






Friday, 10 May 2013

Ada Apa Dengan Matrikulasi?

Assalamualaikum.

Bukan mudah untuk aku buat keputusan untuk meninggalkan STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia). Masakan tidak, belum pun apa-apa, kami sudah di 'brain wash' bahkan diugut untuk tidak berhenti ditengah jalan. Antara ayat-ayat yang masih bermain ditelinga aku pada hari ini.

'Siapa-siapa yang keluar dari sini, saya takkan terima rayuan untuk masuk kembali'

'Jangan keluar, laluan ni laluan yang terbaik. Kamu akan menyesal di kemudian hari'

Tapi entah kenapa, jiwa aku tiada di sana. Walaupun dikelilingi dengan rakan yang baik, kenalan baru yang sangat peramah, namun ia tidak cukup untuk menyekat hasrat aku untuk berundur. Akhirnya setelah aku berkoreksi hampir dua minggu, aku nekad untuk berhenti. Daripada aku berada disana dalam keadaan yang terpaksa, biarlah aku keluar untuk mencari alternatif yang lain. Persoalan mengapa aku keluar biarlah aku dan Dia sahaja yang tahu, dan mudah-mudahan keputusan aku itu benar sehingga hari ini.


Akhirnya Dia Menghulurkan Bantuan.

Setelah beberapa hari aku 'bebas' dari sebarang 'didikan' dan hanya menghabiskan masa di rumah, tiba-tiba sampai satu mesej dari rakan baikku.

'Woi, dapat tak matrik? Aku check dah, dapat kat Gambang la'

'Keluar result dah ke? Eh aku isi tak aritu?'

Ya, itulah hakikatnya. Aku langsung tak ambil tahu mengenai Matrik dan aku isi secara online dulu pun sebab ramai rakan yang isi. Sejujurnya memang aku tak memasang impian langsung untuk menyambung pelajaran di sini. Bagi student matrik, mereka akan faham. Belum pun kami masuk ke matrik, kami sudah dimomokkan dengan pelbagai cerita dan berita, andai disukat hanya 1/5 sahaja yang enak dan selebihnya dipenuhi dengan keburukan. Akhirnya aku pun check di laman web Matrikulasi dan hasilnya positive.

Namun tidak semudah itu, aku tetap tak hiraukan tawaran tersebut kerana keputusan UPU belum diumumkan bahkan aku 'menentang' mereka yang memilih untuk memasuki matrik. Tunggu punya tunggu akhirnya result UPU pun keluar. Daripada lapan pilihan yang aku isi, alhamdulillah aku dapat pilihan yang kelapan. (Terima kasih). Memandangkan ia pilihan yang kelapan, pasti ada sebab mengapa ia diletakkan di pilihan yang terakhir. Jadi keadaan semakin runcing, mahu tidak mahu aku terpaksa pilih matrik juga. Itu sahaja jalan yang ada, itu sahaja jalan yang relevan dan itu sahaja jalan yang mungkin sesuai untuk aku. Untuk tidak mempersiakan jalan yang aku pilih, aku terlebih dahulu buat persedian 'rohani' yang rapi. Hampir tiap malam aku usha blog bekas graduasi-graduasi matrik, membaca pengalaman mereka dan 'kesudahan' mereka di sana.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". - al-Baqarah ayat 216 
Ayat ini merubah segalanya. Aku ambil keputusan untuk masuk matrik dan menilai dengan mata hati sendiri sama ada semua yang mereka gambarkan itu benar ataupun tidak. Aku tahu risiko yang akan aku hadapi, kerana dalam matrikulasi hanya ada 'berjaya' atau 'lelong' walaupun ketika itu masih dalam keadaan ragu dan buntu.


 
Permulaan Kehidupan Sebagai Robot

Aku mendaftar pada 28 Mei di kolej tersebut. Seperti biasa ada minggu orentasi yang begitu membeban dan memualkan. Mungkin ada sebab dan hikmahnya, dan aku mula nampak kesannya selepas minggu orentasi itu berakhir. Hari pertama pergi ke kelas, aku dah mula rasa tidak selesa. Mana tidaknya ada yang muka macam ayah orang, ada muka yang terlebih matang dan kebanyakannya muka-muka genius. Terasa diri begitu kerdil bila memulakan perbualan.

'Saya dari Sekolah Menengah Seri ________'

'Dulu saya sekolah MRSM'

'SPM dulu dapat 9A, satu B'

Wow, kebanyakan pelajar dalam kelas tu mempunyai latar belakang yang menakjubkan. Tapi perkara tersebut tidak begitu menggoyahkan semangat aku. Aku tak pernah bersaing dengan orang untuk mencapai result yang baik sebab persaingan dengan diri sendiri lebih mendatangkan kepuasan. Hampir seminggu mengikuti kelas dan kuliah di sana, aku mendapat konklusi yang mudah mengenai kehidupan harian kami adalah ROBOT. Ya, aktiviti harian kami pada hari-hari disana adalah sama sahaja.

Pergi kelas pukul 8 sehingga pukul 5 petang (kadang-kadang kelas mula pukul 9 dan berakhir pukul 4 petang. Ada 'gap' wajib pukul 1-2 petang untuk makan dan solat zohor). Inilah perkara sama yang kami lakukan pada hari Isnin hingga Khamis (Jumaat habis pukul 12). Aku merasakan kehidupan disana begitu dikawal dan sangat tidak menyenangkan. Aku mengimpikan suasana belajar yang menyeronokkan, namun meleset apabila terpaksa melalui perkara sedemikian. Pernah terlintas dalam hati untuk keluar, namun aku gagahkan diri dan perkara pertama yang aku fikirkan adalah kedua orang tuaku. Untuk tidak mengecewakan mereka buat kali yang kedua, aku pilih untuk kekal dan bertahan.

"Keredhaan Alllah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa" - Riwayat Tarmizi
 
Tekanan Yang Semakin Memuncak

Sistem pengajian di matrik sudah disusun dan diatur mengikut masa yang tertentu. Setiap syllibus harus diselesaikan pengajiannya mengikut tempoh yang sudah ditetapkan. Jadi kami terpaksa mengikut rentak 'kawalan' tersebut. Boleh dikatakan pembelajaran di sana sangat laju dan terkejar-kejar. Andai ada topik yang tidak dihabiskan mengikut dateline, akan ada kelas tambahan pada waktu malam bagi mengelakkan gangguan pada topik yang lain. Banyak mana topik di matrik (1 tahun)? Aku kongsikan secara ringkas dan bandingkanlah sendiri dengan jumlah topik yang kita belajar waktu SPM (2 tahun) dahulu.

Fizik: 28 topik
Kimia: 20 topik
Math: 20 topik
Sains Komputer : 8 topik.

Nampak banyak bukan? Bukan 'nampak' sahaja, tapi sememangnya banyak. Perkara inilah yang membuatkan aku tertekan. Aku dibesarkan dalam suasana pelajaran yang bercampur (agama-akademik), jadi untuk menukar 'jalan' kearah subjek akademik secara keseluruhannya sangat memerlukan masa. Mujur ada senior yang selalu aku jadikan tempat rujukan dan kaunter pertanyaan. Beliau lulusan akaun, sangat berjaya dalam pengajiannya di matrik ini dan yang paling penting, beliau banyak memberi sokongan dan kata semangat.

'Rilex, mula-mula memang ko rase tertekan. Aku dulu macam tu jugak, tapi inilah masanya untuk balas dendam result SPM ko'

Penganjuran seminar dan extra class yang pelbagai telah mencuri masa cuti aku di hari Sabtu dan Ahad. Aku membanyangkan bila masuk matrik, aku boleh pulang ke rumah pada hujung minggu jika tiada aktiviti, boleh keluar outing jika free tapi semuanya indah khabar dari rupa. Waktu balik bermalam kami juga sudah disusun atur supaya tidak bertindih dengan aktiviti kolej. Aku bertanya kepada senior tersebut sama ada di zamannya juga sistem seperti ini digunakan. Jawapan yang dia bagi buat aku diam seketika.

'Ala, sampai bila nak duduk bawah ketiak mak. Aku duduk matrik dulu pun outing sekali je. Tu pun waktu semester 2'



Masuk Dalam Keadaan Kosong.

Sebenarnya result SPM tidak begitu mempengaruhi prestasi di matrik. Result yang baik boleh jadi ujian dan kelebihan bagi seseorang, terpulanglah bagaiamana kita menguruskan diri. Andai ia menjadi motivasi untuk mencapai result yang lebih baik, sangat mudah untuk skor di matrik namun andai dengan result tersebut kita merasa selesa, bersedialah untuk tersungkur di kemudian hari. Ramai sahaja rakan aku disana yang memperolehi 7A, 8A bahkan straigth A, namun mereka-mereka inilah yang kerap naik turun mahkamah disiplin. Ponteng kelas itu sudah menjadi kebiasaan kerana bagi mereka, mereka boleh belajar sendiri tanpa hadir ke kelas dan kuliah.

Keselesaan mereka akhirnya memakan diri. Bila keluar result semester pertama, result mereka jauh ketinggalan dengan result mereka yang kurang berjaya ketika SPM dahulu. Semuanya bergantung kepada motivasi dan kemahuan diri. Dan bagi aku sendiri, aku masuk matrik dalam keadaan kosong. Semua yang aku belajar di sekolah menengah dahulu kebanyakannya sudah luput ditelan zaman.

'Ha ko ingat tak kita pernah belajar benda ni form 5 dulu, sama je konsep dia sebenarnya'

'Ye dop? aku rase macam tak pernah belajar je'

'Kecik-kecik taknak belajar, dah besar menyusahkan orang. Teruk ko ni'

Begitulah situasi yang biasa aku alami. Sampai hari aku merasakan perkara yang aku belajar hanya lekat ketika itu sahaja, andai ditanya apa yang aku belajar di semester 1 dahulu, boleh jadi 50 peratus aku sudah lupa. Belajar dalam keadaan yang tergesa-gesa sangat menyeksakan bagi aku yang dilahirkan dalam keadaan 'normal'. Lainlah bagi mereka yang cepat 'pick up', dengar sekali sahaja didalam kuliah, mereka boleh ingat sampai hari ini. Cuma kadangkala golongan yang diberi kelebihan seperti ini, mereka tidak memanfaatkannya sebaik mungkin. Kesenangan dan kelebihan yang diberi akhirnya dimanipulasi dengan cara yang salah.

"Dan ingatlah juga tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada kamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih." [Surah Ibrahim: 7]
 

Semester Dua Lebih Teratur

Alhamdulillah result semester 1 adalah nikmat dan ujian terbesar dariNya. Aku tak pernah dapat 'straight A' dalam mana-mana ujian sebelum ini, sama ada Pasti, sekolah rendah dan sekolah menengah dan kerana itulah aku anggap ia satu nikmat yang diselaputi ujian. Tiada sebab untuk berbangga dan meninggi diri, kerana semua sedia maklum mengenai permainan 'gred' didalam peperiksaan. Semester dua kehidupan aku lebih terurus. Mungkin kerana dapat sedikit 'motivasi' daripada result yang diperolehi. Semangat aku juga disuntik oleh rakan-rakan di sekolah menengah dahulu. Mereka menghulurkan bantuan kepada aku dalam banyak perkara dan hanya tuhan sahaja yang mampu membalasnya.

Ukhuwah semakin melebarkan sayapnya. Kalau dahulu aku hanya bergaul dengan roomate dan classmate, namun semester 2 aku berpeluang untuk kenal dengan rakan-rakan yang berada di modul lain. Sokongan kawan sangat penting dalam kehidupan di matrik. Andai hidup seorang di medan pertempuran ini, mudah sangat untuk goyah dan tumpas. Alhamdulillah aku dikurniakan classmate yang 'cinta' kepada surau. Boleh dikatakan tiap waktu mereka ada disana untuk berjemaah. Akhlak mereka sesuai dengan cara mereka berinteraksi dengan agama. Dengan mereka aku belajar untuk bertahan, walaupun kadangkala mereka juga merasakan apa yang aku rasakan. Tekanan yang tidak berkesudahan. Tapi kami nekad untuk habiskan baki perjuangan yang tinggal. Mungkin kerana kami sudah lali dengan kesibukan yang terlampau di semester 1, jadi perkara yang luar biasa sudah jadi kebiasaan di semester 2. Bahkan aku merasakan waktu sangat pantas di semester 2, mungkin kerana bait-bait keseronokan itu sudah mula timbul.


2m2s11a

Manfaatkan Dan Jadilah Yang Bermanfaat.

Salah satu cara untuk survive di matrik adalah manfaatkan mereka-mereka yang genius. Alhamdulillah, Allah beri bantuan kepada aku untuk belajar dengan mereka yang sangat hampir dengan aku.

'Eh, you bilik no brape? Blok berape?' soalan aku kepada classmate Cina diminggu pertama.

'Saya blok B1 la, B1 T1 22.'

Dengar je jawapan dia, aku rasa pelik. Rupanya bilik dia betul-betul bersebelahan dengan bilik aku. Selepas dari hari tu, pantang ada soalan dan topik yang aku tak faham, aku terus pergi tanya dia. Dan satu kelebihan yang dia ada adalah dia tak pernah sombong, dia akan ajar step by step dan dia takkan malu mengaku kalau dia tak tahu sesetengah soalan dan topik. Rakan melayu yang lain juga tak lokek berkongsi ilmu terutama classmate. Alhamdulillah, Allah menempatkan aku dalam situasi yang sangat baik untuk belajar, rakan yang memahami, guru yang cemerlang dan suasana yang sangat kondusif.

Kita sendiri pun jangan kedekut untuk berkongsi ilmu. Berkongsi lah apa yang kita tahu dan yang paling penting, jangan segan untuk mengatakan 'aku tak tahu' kerana dengan cara itu lebih menampakkan kejujuran berbanding pura-pura tahu yang hanya akan menonjolkan kebodohan.

Tidak wajarlah bagi orang yang bodoh, berdiam diri atas kebodohannya. Dan tidak wajarlah bagi orang yang berilmu berdiam diri atas ilmunya.”-Riwayat al-Tabrani
 


Kamus Bergerak..~


Syukur Dalam Pengharapan

Sehingga hari ini aku tidak pernah setuju dan menyukai sistem pembelajaran di matrik, namun aku bersyukur ditempatkan disana untuk merasa sedikit ujian dalam hidup ini. Buat pertama kalinya aku berada dalam 'mood' sepenuhnya untuk belajar. (Hidup kena pandai, kadang-kadang kalau tension, aku akan cari bilik-bilik yang ada PES..hehe). Nak seronok boleh, tapi kena pandai check and balance. Fikirkan balik matlamat dan dengan sendirinya kita pandai mengurus masa. Namun untuk berbicara mengenai cara belajar dan sebagainya, aku bukanlah orang yang layak untuk bersuara. Kini hanya tinggal waktu untuk bertawakkal dan berserah kerana result untuk semester 2 belum dikeluarkan. Walaupun final exam baru ini sangat sukar dan tidak dijangka berbentuk sedemikian, segala keputusan akan diterima dengan hati yang terbuka. Kesimpulan dari perjalanan aku ini ialah.
 
ÙˆَÙ…َÙƒَرُواْ ÙˆَÙ…َÙƒَرَ اللّÙ‡ُ ÙˆَاللّÙ‡ُ Ø®َÙŠْرُ الْÙ…َاكِرِين َ - al-Imran (54)   
 
Tempat cari ketenangan.


Sampai hari ni tak paham kenapa warna berbeza -.-



Gedung Ilmu



Penyuburan Demokrasi~


Wide View 1

Wide View 2


Tuesday, 5 February 2013

Masih Ada Sinar

Assalamualaikum.

Pada bulan yang lepas, di tempat aku belajar telah diadakan karnival 'Jom Masuk U' yang berlangsung selama 3 hari. Sebagaimana biasa, beberapa Universiti telah mengambil peluang mengadakan sesi taklimat dan ceramah berkenaan kelebihan universiti mereka, program yang ditawarkan dan syarat kelayakan bagi program yang disediakan. Masing-masing berlumba dalam usaha untuk menarik seberapa ramai yang mungkin pelajar-pelajar yang berpotensi untuk diserap kedalam universiti mereka.



Terasingnya 'Budak Arab'

Dalam banyak-banyak universiti yang aku usha, aku paling tertarik dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Bukan kerana nama 'islam' yang digunakan, namun kerana 'kelebihan' yang dimiliki oleh universiti tersebut. Keistimewaan USIM dari universiti-universiti lain adalah Bahasa Arab nya. Lemparkan angan-angan anda kedalam longkang untuk memasuki universiti tersebut andai tiada perkataan 'Bahasa Arab Tinggi' di dalam sijil SPM.

Petang itu diadakan taklimat dari universiti tersebut, namun ia sedikit mengecewakan aku. Sebelum universiti tersebut mengadakan taklimat, sebuah universiti 'melayu' terlebih dahulu mengadakan taklimat. Begitu ramai yang hadir, hampir penuh sebuah dewan yang mampu memuatkan 6 buah gelanggang badminton itu. Namun bila tiba masa untuk USIM mengadakan taklimat, aku merasa seakan-akan taklimat tersebut tidak memerlukan ruangan 'sebuah dewan' untuk menampung kapasiti pelajar, namun memadai hanya  'sebuah kelas'.

Bukan kerana ramai yang tidak berminat, bukan juga kerana kelemahan universiti tersebut, namun kerana keistimewaan yang dimiliki mereka. Aku tidak hairan dengan jumlah yang sedikit itu kerna disini, mempunyai kelebihan walaupun sedikit untuk menguasai B.Arab sudah cukup untuk menjadikan anda orang yang sangat istimewa. Wakil dari USIM memberi konklusi yang sangat menarik dari taklimat yang ringkas tersebut, katanya 'kami tidak memerlukan jumlah yang ramai, cukuplah peluang ini dibuka untuk mereka yang mendalami agama'.

Ya, aku sedikit gembira dengan apa yang diperkatakan itu namun jauh disudut hati, aku agak kecewa dengan jumlah mereka yang hadir. Tampak jelas kurangnya produk 'agama' di institusi ini. Masakan tidak mereka-mereka yang hadir ke institusi ini kebanyakannya memasang impian untuk menjadi seorang Doktor,  Jurutera, Akauntan, Akitek dan lain-lain yang mana bukanlah pilihan kerjaya utama bagi mereka yang bersekolah agama (kebiasaannya). Namun sampai bila kerjaya profesional ini dipenuhi oleh mereka-mereka yang pro English, sampai masanya mereka yang menguasai B.Arab untuk kedepan dan bertindak.



Fantastic Legacy Youth

Selang beberapa minggu lepas itu pula dianjurkan karnival Islam yang diberi nama  Fantastic Legacy Youth (FLY). Namun karnival ini bagi aku antara karnival yang kurang ditonjolkan pada awalnya. Kebiasaannya karnival-karnival yang dijalankan akan dikempenkan oleh para pensyarah, akan ada iklan yang betaburan di merata tempat namun karnival Islam ini hanya dikempenkan di tempat-tempat yang utama.  Aku sendiri terkejut apabila bertanyakan kepada rakan setelah karnival itu selesai 'eh, ko tak join langsung ke aktiviti yang dieorang buat', jawapan yang aku terima 'aktiviti? ada program ke minggu ni'. -.-

Karnival ini merupakan karnival pertama yang dianjurkan 100% mengenengahkan Islam sebagai 'main point' nya. Ia dikelola oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Ahli Jawatankuasa Surau dan beberapa AJK program sukarela. Entah kenapa, keagresifan aku di sekolah menengah ter'kubur' di sini tanpa sebarang jawatan yang dipegang dalam karnival tersebut bahkan mana-mana aktiviti, namun aku berbangga melihat bekas rakan  seperjuagan ku dahulu yang mana tidak menonjol di sekolah menengah telah menunjukkan 'taring' mereka dengan menjadi 'orang utama' bagi karnival itu. Aku respek usaha kalian untuk mewujudkan persekitaran agama di sini.

Antara aktiviti yang dijalankan..

Biah Solehah Yang Terindah.

Petang sebelum program itu, diadakan sedikit gotong royong untuk membersihkan dewan. Kebetulan aku dan seorang rakan baru selesai solat asar di Surau, kami diajak untuk sama-sama mencurahkan tenaga bagi menyiapkan dewan yang bakal digunakan tidak sampai 3 jam dari waktu itu. Pada mulanya aku menganggarkan kehadiran mereka yang membantu sangat sedikit dan keadaan pasti suram, namun sebaliknya yang berlaku. Pada ketika itulah aku merasakan detik pertama aku berada di institusi tersebut yang mana aku merasakan keadaan yang sangat indah dan suasana yang sangat baik. Pelajar lelakinya yang selama ini aku tak jangka mereka melibatkan diri dengan karnival sebegini akhirnya turun mencurahkan bakti.  Masakan tidak, mereka yang berperwatakan ganas dengan muka 'pecah rumah' diluar, namun terpendam dalam hati mereka keinginan untuk melihat benih-benih Islam subur disini.

Begitu juga dengan muslimatnya, itu jugalah kali pertama aku merasa seakan sedang berada di 'sekolah agama' kembali.  Dewan itu dihiasi dengan wanita yang hanya berpakaian mengikut lunas agama. Si tudung labuh itulah yang mengangkat meja, si tudung labuh itulah yang menghias pentas dan si tudung labuh itulah yang melakukan semua kerja.  Di hari-hari kelas ataupun kuliah, mereka yang memakai pakaian sedemikan kelihatan sangat ganjil dari majoritinya, namun di saat itu mereka yang berpakaian sebaliknya pula kelihatan minoriti. Lantas seorang kawan membisikkan sesuatu 'kalau nak cari jodoh, inilah waktu yang paling sesuai'.

Mereka Akhirnya Menonjol

Sepanjang karnival itu berlangsung, pelbagai aktiviti yang dijalankan. Dan sepanjang karnival itu jugalah 'muka-muka' yang tidak dijangka keluar menonjolkan diri menunjukkan kebolehan mereka, sama ada dalam tilawah Al-Quran, tulisan Khat, pertandingan nasyid dan sebagainya. Satu perkara yang terlintas difikiran aku, 'dimanakah kalian selama ini'. Setelah sekian lama aku berada disini, merasakan kurangnya mereka yang cenderung kepada aktiviti seperti ini, rupa-rupa nya mereka selama ini  hanya menunggu masa untuk diberikan peluang dan ruang, dan apabila ruang telah tersedia, apabila peluang telah terbuka, dengan segeranya mereka keluar untuk berjuang!


Tilawah

 Khat

Persepsi Yang Meleset

Selesai sahaja karnival tersebut, aku merasakan persepsi aku sangat meleset. Hanya kerana kurangnya mereka yang bersekolah agama disini lantas aku menghukum suasana agama tidak mungkin wujud. Hanya kerana kurangnya mereka yang mahir berbahasa arab, aku terus membuat konklusi bahawa 'bahasa syurga' itu dipinggirkan. Hakikatnya aku terpaksa akur bahawa sinar agama semakin menunjukkan cahayanya di sini. Daripada tidak menutup kepala kepada bertudung, daripada bertudung kepada 'tudung' yang sepatutnya, Alhamdulillah.

Perubahan yang tidak ketara namun sangat baik untuk permulaannya. Bahkan ada beberapa individu yang mula menunjukkan minat untuk mendalami Bahasa Arab. Ada yang meminta supaya diberikan sehari satu perkataan arab kepadanya, ada yang sudah mula membuat jadual untuk mengkhatamkan Al-Quran dalam masa yang ditarget, bilangan saf disurau sudah bertambah bilangannya dan beberapa perkara positif yang lain.  Bagi aku program-program berbentuk kerohanian ini seharusnya dilipat gandakan. Lihat sahaja mereka yang non-muslim, pantang ada sambutan perayaan dan kebudayaan mereka, sebulan sebelum hari majlisnya mereka sudah mengadakan latihan dan persediaan. Andai kita lebih bersedia dan berstrategi, tak mustahil 'sinar' ini akan berterusan bercahaya kerana kita adalah majoriti. Kita bantu agama Allah, Dia bantu urusan kita,

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” Surah Muhammad ayat 7."


Monday, 12 November 2012

Garisan Yang Sering Dilanggar

Assalamualaikum.

Sedang umur meningkat dewasa, kenalan bertambah ramai, pengalaman banyak ditimba, makin banyak perkara dan kejadian yang aku lalui yang mana kadangkalanya aku menyangka ianya hanyalah berlaku di kaca tv dan fantasi, namun kini semuanya sudah terbukti berlaku dialam realiti. Semuanya angkara 'melampau' dan 'berlebihan' dalam sesuatu perkara. Bila semuanya aku lalui sendiri sama ada melibatkan rakan dan orang sekeliling, aku teringat pesanan seorang kenalan.
"Didalam semua perkara itu ada satu garisan, garisan yang perlu dijadikan sebagai batas dan had, andai kau langgar garisan itu walau sedikit, impaknya boleh menimbulkan masalah yang berbukit"
Hari ni aku sudah faham 'garisan' yang dimaksudkan. Semua perkara yang kita lakukan ada batasnya, ada hadnya, ada maksimum dan minimumnya. Batasan dalam menghukum, batasan dalam pergaulan, batasan dalam tindakan dan pelbagai lagi jenis batasan tidak wajar dipandang enteng oleh manusia yang bergelar muslim.


Pergaulan Ada Caranya.

Bila disebut pergaulan, yang sudah semestinya perkara yang pertama terlintas dalam akal kita adalah batas hubungan antara lelaki dan perempuan. Ya, adalah sesuatu yang normal bagi mereka yang berfikir kearah itu,  namun secara umumnya kesemua mereka yang mengaku bertuhankan Allah sudah mengetahui batas hubungan bagi mereka yang berlainan jantina. Sudah jelas Nabi sebutkan didalam hadith-hadith baginda akan 'guideline' yang seharusya dipatuhi dan diaplikasikan, hanya tinggal manusia sahaja untuk mengamalkannya. 'Peraturan sudah dirangka dan disedia, hanya tunggu masa untuk dikuatkasa'

Namun bukan isu hubungan lelaki dan perempuan yang ingin aku utarakan kerana ia sudah biasa dan kerap diceritakan dimana-mana sahaja medium penulisan yang ada. Yang sering dilupakan oleh kita adalah krisis songsang yang sedang subur tumbuh dikalangan manusia hari ini tidak kira sama ada lelaki-lelaki mahupun perempuan-perempuan. Secara umumnya juga manusia sudah tahu hukum bagi gejala jijik ini, namun kegoyahan nafsu dan ketidakstabilan akal mendorong 'mereka-mereka' ini untuk berkelakuan sedemikian.




Banyak pihak yang meng'highlight'kan batas-batas hubungan antara lelaki dan perempuan, namun tidak ramai yang menitikberatkan had-had hubungan antara sesama jantina. Akibatnya, mereka yang berpendidikan agama juga tersungkur di medan nafsu. Sama ada yang sudah melibatkan diri, mahupun yang ada ciri-ciri perwatakan 'songsang' tersebut, kesemuanya perlu akur kepada fitrah yang dicipta oleh Pencipta kita. Fitrah sudah menetapkan hubungan hanya terjalin antara dua makhluk yang berbeza, tidak mungkin ia boleh terbit dari makhluk yang hampir sama ciri dan paras rupa. Mungkin ada yang beralasan.

'Saya lahir-lahir dah macam ni, memang suka kaum sejenis'

'Sudah tertulis dalam takdir nasib saya begini, saya redha'

Bagaimana mereka boleh mendakwa sedemikian sedangkan Dia berfirman.
"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (ALLAH); tetaplah atas fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah ALLAH. Itulah agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. "(Ar Rum: 30 )"

Berlebihan Yang Membahayakan.

Antara punca yang menyebabkan terciptanya hubungan songsang ini adalah kerana berlebihan dalam pergaulan. Kadangkala mereka terlebih menyayangi dari batasan maksimum yang sepatutnya dan terlebih berkongsi apa yang tidak sepatutnya. Perlu diingatkan dan diperhalusi bahawa kasih sayang kepada wanita dan kasih sayang kepada lelaki tidak boleh diklasifisikasikan dalam bahagian yang sama. Mengasihi wanita ada caranya dan ada sebabnya dan begitu juga mengasihi lelaki.

Nafsu perlu diletakkan dilandasan yang betul ibarat kerata api yang sentiasa berada di landasannya, andai sekali ia tersasar, hanya kehancuran yang akan berlaku. Seorang lelaki perlu membezakan bagaimana beliau mengasihi wanita (yang layak dijadikan isteri) dan mengasihi lelaki (yang mana merupakan sahabatnya). Tiada cara yang lain, andai akidah sudah jelas kesahihannya nescaya tindakan yang lain akan jelas kebenarannya.


Contohi Mereka. 

Cuba bandingkan seketika, persahatan antara kita dan rakan-rakan dan juga persahabatan antara Nabi dan sahabat-sahabatnya. Jikalau dihitung kasih sayang Saidina Abu Bakar kepada Nabi, hanyalah secebis tandingannya dengan kasih sayang kita kepada rakan sekeliling. Bahkan kasih sayang antara para sahabat sesama mereka juga sangat utuh dan kuat. Mungkin ada yang mendakwa mereka adalah generasi terbaik, mustahil untuk kita setaraf dan sama seperti mereka. Namun tidak beerti kita tidak boleh mencontohi mereka. Contohi bagaimana mereka bergaul, bagaimana mereka membina kasih sayang sesama rakan dan contohi bagaimana mereka bersahabat kerana Allah.

Hubungan songsang ini tidak mungkin akan berlaku jika sebuah persahabatan menjadikan agama sebagai teras dan Allah sebagai sebabnya. Ada yang mengatakan gejala ini remeh dan sebagainya, namun ingatlah kerana gejala inilah Allah menghukum kaum Nabi Luth sehingga mendapat seksaan yang sangat tidak dijangkakan. Berkasihlah kepada mereka yang sama jantina dan berbeza sebagaimana Nabi mengasihi mereka yang berada disekeliling baginda.






Namun begitulah manusia, kadangkala kejahilan menutup segala pintu kebaikan walaupun ianya jelas sesuatu perkara yang memalukan. Sebelum bertindak, gunakan akal yang diselaputi ilmu dan bukan akal yang dipengaruhi nafsu. Andai masih tidak berkesan, hanya ini yang Baginda tinggalkan sebagai pesan.
 ”Kalau kamu sudah tidak punya malu lagi, lakukanlah apa yang kamu kehendaki.” (Riwayat Bukhari)"






Sunday, 16 September 2012

Couple Itu Fitrah?

Assalamualaikum.

Saya pernah bertanya kepada seorang rakan, pendapatnya mengenai budaya couple dan mengapa beliau bercouple. Jawapannya mudah sahaja, cinta itu fitrah dan sedia maklum perkara yang fitrah takkan boleh dihalang daripada berlaku. Bahkan beliau telah memberi penegasan bahawa beliau tidak bercouple seperti pasangan lain, dating dan sebagainya tetapi beliau bercouple mengikut cara Islam.  





Saya tertarik dengan jawapan yang diberikan rakan tersebut.  Mengaitkan couple, cinta, fitrah dan Islam adalah sesuatu yang menakjubkan bukan? Namun, cukup sekadar pandangannya 'didengar' namun bagi saya ia tidak sampai ke tahap 'diterima'. Tidak dinafikan perasaan cinta itu ada dalam diri sesiapa sahaja.

'Insan selalu merindui kata cinta untuknya. Jika dia menemui orang yang dapat melafaznya dengan penuh emosi, jiwanya terpaut.'
Bukan soal 'cinta' yang ingin dibicarakan, namun saya ingin memperkatakan soal 'couple'. Kedua-dua istilah ini nampak sama, namun disana terdapat perbezaan yang begitu ketara. Anda memerlukan cinta untuk ber'couple', namun cinta tidak memerlukan 'couple' untuk bersemi.


Adakah Ini Fitrah?

Apa yang saya sebutkan ini adalah beberapa 'gejala' dalam bercouple yang berlaku didepan mata. Selepas baca, cuba fikirkan adakah ia layak dikategorikan sebagai fitrah yang tiada siapa mampu menghalangnya dari berlaku?


1)Bergayut telefon hampir 2-3 jam, kondisi suara tidak perlu dipersoalkan lagi.

2)Main mesej dari pagi hingga ke pagi, kandungan mesej hanyalah diulang perkara yang sama.
3)Mengeluarkan duit belanja untuk membeli topup ,paling kurang RM20 seminggu.
4)Membeli hadiah untuk pasangan dalam semua sambutan, hadiah untuk ibu boleh dibilang.
5)Kadangkala kawan berbelas tahun dikorbankan hanya kerana cinta 2/3 bulan.
6)Menjadikan gambar kekasih sebagai wallpaper dekstop komputernya.
7)Menggabungkan nama lelaki dan perempuan yang berpasangan.
8)Bergambar dengan kekasih walaupun tidak bersentuhan.

Banyak lagi sindrom 'couple' yang berlaku, namun cukuplah lapan perkara untuk difikirkan. Bagi mereka yang bercouple, berapa banyak ruang fikiran anda disumbangkan untuk mengingati pasangan berbanding memikirkan Tuhan?. 'Dia dah makan ke', 'dia terasa ke dengan aku', 'dia jeles ke aku buat macam tu', 'dia suka ke pakaian aku',  semua perkara yang anda lakukan akan mendahulukan pasangan sebagai penilainya.


Adalah lebih menjengkelkan ada 'golongan kopiah' yang mengatakan mereka bercoupe dengan cara Islam. Dari sudut mana ia dilihat Islam? Hanya kerana kalian tidak berdating, ianya sudah dikategorikan Islam? Berfikirlah sejenak mengapa Allah tidak menyebut larangan berzina didalam Al-Quran, tetapi Dia menyebut larangan 'mendekati' zina. Perumpamaan perbuatan kalian yang mengaitkan couple dengan Islam ibarat menghalalkan perbuatan mencuri hanya kerana pencuri tersebut membaca Bismillah sebelum melakukan aktivitinya.



Jangan Terlampau Syadid.

Bukan golongan yang terlampau cepat 'menghalalkan' couple sahaja yang wujud, namun golongan yang begitu pantas mengharamkan sebarang bentuk percintaan juga tidak kurang hebatnya. Ketika diajukan persoalan adakah boleh mempunyai perasaan cinta antara lelaki dan perempuan jika belum berkahwin, akan muncul golongan yang kononnya 'kuat agama' mengharamkan perasaan tersebut serta merta. Bagi mereka hanya ikatan perkahwinan sahaja yang dapat menghalalkan perasaan cinta.




Seorang gadis yatim dipinang oleh dua orang lelaki, seorang miskin manakala seorang lagi kaya. Si gadis memilih yang miskin sedangkan penjaganya memilih lelaki yang kaya. Apabila perkara ini diceritakan kepada Nabi s.a.w, Baginda bersabda :
'Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperi nikah' (riwayat Al-Baihaqi dan Ibn Majah (sahih)

Tidak salah untuk seorang lelaki dan perempuan menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain, cuma yang akan jadi haram adalah apabila perasaan itu mengheret mereka ke kancah penzinaan atau menghampiri zina. Andai sudah saling mencintai, bersegeralah memanjatkan doa supaya perasaan yang terpatri antara kalian berakhir dengan ikatan perkahwinan.  Namun realiti pada hari ini, tidak ramai mereka yang mempunyai perasaan cinta melakukan perkara sedemikian, bahkan mereka berpotensi untuk tersungkur di medan nafsu.

Cinta yang suci akan menghasilkan ikatan perkahwinan, tidak dicemarkan dengan amalan-amalan maksiat dan sebagainya. Namun andai hidup seolah-seolah sudah berkahwin (bercouple) sebelum ada ikatan yang murni, inilah puncanya ia dikategorikan sebagai haram. Bernikahlah walaupun diusia muda, jangan biarkan usia muda dipersiakan hanya kerana sebuah percintaan.
"Wahai para pemuda, barangsiapa diantara kalian yang berkemampuan untuk bernikah, maka menikahlah kerana menikah itu lebih menundukkan pandangan dan lebih membentengi farj (kemaluan). Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa kerana berpuasa itu dapat membentengi dirinya"- Hadith riwayat Bukhari, Muslin dan Ahmad.  



 


Sunday, 29 July 2012

'Malaysia vs Arsenal'- Itulah Realitinya

Assalamualaikum.

Baru-baru ni aku berpeluang menyaksikan secara langsung didepan mata perlawanan antara Malaysia menentang Arsenal sempena lawatan kelab gergasi Inggeris tersebut ke negara-negara Asia. Namun, seperti dijangka, aku hanya menyaksikannya melalui kaca televisyen (juga secara langsung dan menggunakan mata bukan?). Selesai sahaja tarawikh, berpusu-pusu pelajar-pelajar disini hadir ke kafeteria untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Aku tidak mahu mengulas corak permainan mana-mana pasukan namun, sepanjang perlawanan itu berlangsung, ada sesuatu 'sifat' yang sangat menarik perhatian aku.




Di Awal Perlawanan.

Seperti biasa apalabila wisel dibunyikan, akan ada lebih kurang 30-40 orang pengulas'profesional tambahan' bagi perlawanan tersebut walau hakikatnya ada dua sahaja suara yang berkumandang di kaca televisyen.

'Aku jamin Malaysia kena tibai kaw-kaw malam ni'

'Dengan QPR pun Kelantan dah kene bantai, ada hati nak test Arsenal'

'Kalau first half kene 3-0, second half aku tak tengok dah'

Begitulah yang berlaku, belum pun para pemain di atas padang mempamerkan prestasi namun mulut yang berada di luar padang sudah memberi konklusi yang hanya menggunakan neraca persepsi.

*Realitinya : Kadang kala kita sangat cepat dalam meletakkan prasangka kepada mana-mana individu sebelum beliau melakukan sebarang tindakan. Tidak salah jika sangkaan baik yang diletakkan namun akan jadi masalah kalau prasangka buruk yang di lontarkan. Belum pun sebarang perkara itu dilaksanakan namun diawal-awal lagi kita sudah cop sebagai 'gagal' dan 'salah'.

'Aku tak yakin dengan dia ni, dia kan takde pengalaman'

'Silap besarlah lantik dia jadi pemimpin, dia belajar bukan tinggi mana'


Kita Mendahului.


Waktu menunjukkan hampir tamat separuh masa pertama, dengan tiba-tibanya muncul jaringan dari pasukan 'lemah' Malaysia hasil rembatan jauh salah seorang pemainnya berjaya menewaskan penjaga gol Arsenal. Dengan tiba-tibanya juga ketika itu suara-suara 'pengulas profesional' yang mengkritik hebat diawal permainan itu tadi menjerit dengan 'histerianya' untuk meraikan jaringan tersebut.

'Gol...!! Gila shoot dari jauh tu'

'Wow.. seriesla ni Malaysia yang main'

'Aku dah cakap dah memang Malaysia boleh menang'

'Malaysia memang dah meningkat gila la, main macam Barcelona dah aku tengok'

Fuh.. Drastik, sangat drastik. Tidak sampai 45 minit, pendirian mereka boleh berubah. Yang mana pada awalnya di katakan kaca, namun dengan segeranya ia diiktiraf sebagai permata. Kalau pada mulanya dianggap hina, namun dengan pantasnya berubah menjadi bangga.

*Realitinya : Apabila kita kuat, akan ramai yang mahu memanfaatkan dan tidak kurang juga yang akan memanipulasikan. Kita akan disanjung, dilemparkan pujian yang bertubi-tubi. Diikiraf sebagai yang terbaik walau hakikatnya hanyalah satu 'kebetulan'. Daripada dahulunya kita tidak dihargai, namun dengan sedikit kelebihan dan kekuatan yang kita ada, dengan directnya akan ada yang memberi penghargaan. Sifirnya sangat mudah bagi golongan-golongan ini  iaitu 'ada kekuatan ada sokongan'. Namun, ia tidak lama kerada sokongan dan dorongan diberi dan dibina atas dasar kelebihan yang dimiliki, jika tiada, bersedialah untuk dihina kembali.


Segalanya Berubah

Jam mununjukkan perlawanan berbaki 10 minit dan jaringan masih memihak pasukan Malaysia. Ketika itu semua penyokong memberikan pujian-pujian  kepada Malaysia dan keji-kejian kepada pasukan Arsenal.

'Lepas ini Malaysia la main EPL'

'Malaysia pulak buat tour lawan kelab Inggeris nanti'

'Harap je pemain star, lawan pemain kampung pun dah 'berpeluh''

Sangat janggal ketika itu, aku dapat menyaksikan perubahan 360 darjah sikap penyokong berbanding pada sepak mula perlawanan tersebut. Yang buruk semuanya menjadi baik, yang lemah diiktiraf sebagai kuat.
Namun... dalam perlawanan hanya berbaki 10 minit itu, keajaiban berlaku dengan Arsenal berjaya menjaringkan 2 gol untuk menewaskan pasukan Malaysia 2-1.

'Aku dah agak dah, Malaysia last minute memang macam hampeh main'

'Kalau macam ni la nak masuk Suzuki Cup, lupakanlah'

'Main macam orang kampung, pemain pertahanan tak pandai langsung jaga kawalan'

Pada waktu jaringan dilakukan Arsenal, aku boleh kira bilangan penyokong yang tinggal. Meja yang sebelumnya ada tuan, kini hanya tinggal cawan. 'Pengulas profesional' dan 'Skuad Pemuji' hilangkan diri tanpa meninggalkan sebarang kesan. Fuh, sekali lagi aku menyaksikan perubahan drastik dimalam itu. Yang dikatakan berubah menjadi baik tadi, diubah kembali menjadi buruk. Yang diiktiraf 'kuat' tadi, dengan pantasnya bertukar menjadi 'lemah' kembali.

*Realitinya : Saat kita diatas, akan ramai yang berada dibelakang kita untuk memberi sokongan. Namun saat kita dibawah, akan ramai yang berada diatas untuk memijak. Waktu kita didalam saat  yang sukar, boleh dibilang bilangan yang datang menghulurkan bantuan, namun saat kita senang tidak terhitung bilangan yang datang meminta pertolongan. Sesetengah manusia hanya akan menghargai kita diwaktu kita gagah, namun dikala kita lemah, hanya caci maki yang diberi sebagai tanda 'penghargaan'


Konklusinya, berhati-hatilah diwaktu kita kuat dan berwaspadalah disaat kita lemah. Bezakan pihak yang menyayangi dan pihak yang memanipulasi. Tidak semua individu yang berada disisi kita disaat kita mewah akan kekal berada disisi kita disaat kita susah. Kasih sayang itu tidak dibina diatas landasan kelebihan, tetapi dibina atas dasar kepercayaan. Jadilah yang membantu apabila berada diatas, dan jangan runsing andai tidak dibantu ketika berada dibawah kerana Dia akan membantu orang yang membantuNya.





Sunday, 10 June 2012

Kopiah Mana?

Assalamualaikum.

Pagi itu guru Pendidikan Islam masuk ke kelas, seperti mana biasa di awal sesi pengajian akan ada sesi taaruf memandangkan semuanya adalah pelajar-pelajar baru dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Seperti mana biasa juga seorang demi seorang akan berdiri untuk memperkenalkan serba sedikit tentang diri mereka. Bila tiba giliran aku, aku pun tanpa sebarang idea berdiri dengan hanya memperkenalkan nama, asal dari mana dan lepasan sekolah menengah mana.

Pada awalnya aku ingin menyembunyikan sekolah lama ku, namun setelah merenung untuk kali ke-2, sampai bila aku mahu bersembunyi. Dengan selamba aku mengatakan 'Sekolah lama saya Sekolah Menengah Agama ...............' .

'La.. ko sekolah agama ke'

'Ustaz rupanya ko ni'

Aku dah agak dah perkara sebegini yang akan timbul. Selesai sahaja kelas tersebut, ada individu yang bertanya kepada aku, 'kenapa ko tak pakai kopiah macam budak sekolah agama lain'. Soalan sebegini juga aku sudah jangkakan akan ada yang bertanya. Tidak mahu memeningkan kepala untuk menjawab secara ilmiah, aku hanya membalas 'tiada guna kalau pakai kopiah tapi tak jaga syariat lain'.






Ianya Satu Sunnah.


Benar, aku tidak nafikan sesiapa yang memakai kopiah maka individu tersebut sudah berjaya mengamalkan satu sunnah peninggalan Baginda. Namun, aku agak terkilan apabila hanya meletakkan 'budak sekolah agama' sinonim dengan 'pemakaian kopiah'. Sunnah Nabi adalah syumul bukan? Jadi tidak perlulah timbul dialog yang sebegini :

'Ko sekolah agama ae, patutlah pakai kopiah'

'Budak sekolah agama bolehlah pakai kopiah, kita ni sekolah biasa. Seganlah'

Apabila sunnah dieksklusifkan untuk kelompok yang mendalami agama sahaja, maka yang jauh dari agama sudah pasti akan lebih tersasar dan meleset dari landasan yang sebenar. Sunnah berhak diikuti oleh mana-mana individu sekalipun. Sebagaimana Islam itu sesuai untuk semua lapisan dan latar, begitulah sunnah perlu diadaptasikan.




Mengapa Kopiah?

Pernah juga aku terfikir, mengapa 'aliran agama' sangat sering dikaitkan dengan pemakaian kopiah. Sedangkan banyak lagi perkara yang terkandung dalam syariat Islam. Contoh mudah, anda pernah dengar perbualan begini ?:

'Ko pakai jubah ni ko budak sekolah agama ke?'

'Ko kan sekolah agama, kenapa tak solat sunat lepas Isyak'

'Tak pernah nampak pun ko mengaji, ko sekolah agama kan?'

Sangat jarang bukan? bahkan mungkin tak pernah mendengarnya. Ya, inilah yang bermain di ruangan minda aku. Mengapa kopiah, mengapa tidak sunnah lain. Kalau dahulu aku fikir lagi meleset tafsiran mereka apabila mengaitkan kopiah dengan pertubuhan politik tertentu dan songkok untuk pertubuhan yang lainnya. Satu lagi bentuk pengeksklusifan dalam agama! Namun, tafsiran tersebut sudah pudar sedikit demi sedkit. Alhamdulillah.




Berhikmahlah Dalam Dakwah.


Sebenarnya tidak perlu dijadikan isu sama ada seseorang itu mahu memakai kopiah ataupun tidak. Selagi mana ia berada didalam lingkaran hukum 'sunat', maka tidak ada perkara yang akan menjadikan ia 'wajib'.  Bahkan kita dapat lihat ramai Ustaz-ustaz pada hari ini yang sudah mula berdakwah tanpa mengenakan kopiah, jubah, serban dan sebagainya.  Yang perlu didahulukan dalam dakwah adalah kebijaksanaan dan bukanlah kaedah berpakaian.

Untuk mendekati golongan yang 'rock', 'punk', 'skinhead' dan sebagainya imej pendakwah perlulah kelihatan lebih sesuai dan kena dengan keadaan dan situasinya. Bayangkan jika seorang pendakwah secara tiba-tiba pergi berjumpa dengan 'golongan-golongan' ini dengan memakai 'uniform' dakwah dengan serba lengkap lalu memberi teguran, kemungkinan yang akan berlaku hanya dua perkara.

1) Golongan tersebut pergi meninggalkan pendakwah tersebut ;

2) atau pendakwah itu pergi dengan membawa kesan lebam di anggota badan.

Tidak dapat tidak, hikmah itu perlu diletakkan diatas berbanding protokol dalam berpakaian. Kekuatan ilmu sudah memadai untuk kita mengajak kearah kebaikan.



Terserah Untuk Memilih.


Jadi terpulanglah kepada mana-mana individu untuk memilih imej berkopiah ataupun sebaliknya. Dan kepada yang bersedia memakainya, berhati-hatilah kerana setiap perbuatan anda akan diperhatikan dan andai sedikit sahaja kesilapan yang anda lakukan, orang akan bijak memanipulasikan cara pemakaian anda. Bagi yang tidak bersedia untuk mengenakan imej berkopiah, maka bersangka baiklah kita dengan mereka yang memakainya, tidak perlu menjustifikasikan mereka sebagai riak dan sebagainya, dan berdoalah supaya kita dapat mengikuti sunnah-sunnah Nabi yang lainnya.

Teringat pula kisah yang berlaku beberapa hari lepas, sedang aku duduk selepas solat Maghrib di surau, tiba-tiba masuk ke dalam surau 2 individu (seorang memakai kopiah dan seorang lagi tidak memakainya), maka berlakulah perbualan antara mereka.

A: Kita solat jemaah sekali la.

B: Okey, tapi ko la jadi imam.

A: Aku boleh je, tapi aku tak pakai kopiahlah. Boleh ke?


Hmm. Sebagai penutup kata, aku cuma nak sebut agama tidak perlu diklasifikasikan kepada golongan tertentu dan lepasan institusi tertentu dan perlu dibezakan antara perkara 'sunat' dan 'wajib'. Yang diwajibkan didalam Islam mengenai tatacara pemakaian ialah 'menutup aurat', maka inilah perkara yang perlu dan wajar diteliti dahulu sebelum yang lainnya. Agama dan tahap keimanan tidak dinilai melalui pemakaian 'penutup kepala', namun agama dinilai dengan 'isi kandungan kepala' yakni ILMU.













Thursday, 10 May 2012

Hikmah Sebuah Pemergian.

Assalamualaikum.

Begitu cepat masa berlalu, jam berputar sebagaiamana biasa namun peredaran waktu itu terasa begitu pantas. Sedar tidak sedar sudah lebih setahun Faiz meninggalkan aku dan rakan-rakan yang lain. Bagaikan semalam kejadian itu berlaku, bagaikan kelmarin kami baru bertemu namun hakikatnya sudah 12 bulan peristiwa itu berlalu. Tiada apa yang aku boleh lakukan selain berterusan mendoakan kebahagian dia disana. Sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi kepada Sahabatnya Abi Salamah ;

"Ya Allah, Berilah keampunan kepada Abi Salamah. Angkatlah darjatnya di kalangan orang-orang yang diberi petunjuk. Jadilah penggantinya bagi anak-anaknya yang masih tinggal. Kurniakanlah keampunan untuk kami dan untuknya wahai Tuhan sekalian alam. Lapangkanlah untuknya di dalam kuburnya dan terangilah untuknya didalam kuburnya" -(Riwayat Imam Muslim)




Ada Hikmah Disebaliknya

Pemergian dia cukup menyakitkan, dan bagi aku sendiri amat sukar untuk menerima pemergian antara teman yang paling aku sayangi. Namun, sebagaimana disebutkan perancangan Allah adalah yang terbaik, hari demi hari aku mula nampak kebaikan disebalik sebuah pemergian.  Tidak mahu mengambil contoh yang jauh, aku melihat satu anjakan yang sangat indah dalam kalangan budak-budak kelas aku sendiri. Ukhwah yang selama ini hanya dibina atas dasar 'sekelas' kini berubah menjadi atas dasar 'sekeluarga'. Pelajar lelaki dan pelajar perempuan yang selama ini mempunyai ego yang amat tinggi, saling bercakaran dan kurang 'chemistry' dalam melakukan sesuatu kerja , kesemuanya pudar setelah pemergian dia. Alhamdulillah, masing-masing mengambil berat akan hal sesama mereka, tiada lagi istilah 'kau hal kau, aku hal aku', dan masing-masing saling menegur kesilapan yang dilakukan. Bukan aku seorang sahaja yang merasainya, malahan beberapa orang rakan aku juga menyatakan perasaan yang sama.

Hubungan kami dan keluarga Faiz juga bertambah rapat. Jikalau sebelum ini hanya mengenali nama ibunya, ayahnya dan adik beradiknya, namun kini jika berjumpa saling bertegur sapa. Pernah kami menjemput adik dan abangnya untuk main futsal bersama kami sabagaimana yang biasa kami lakukan dengan Faiz. Ya Allah, kau penyusun 'cerita' yang terbaik. Kau ambil dia dari kami, namun kau kurniakan keluarganya sebagai pengubat dihati.


Mereka Turut Merasa


~iBNU sINA~


Sebagaimana yang aku katakan, aku rasai perubahan yang berlaku kepada kami selepas pemergiannya. Aku juga belajar untuk berubah. Tujuannya dan harapannya hanya satu, andai berlaku apa-apa selepas ini, kami tidak keseorangan kerna masih ada 35 yang lain menghulurkan bantuan. Sejujurnya selepas aku kehilangan dia, aku dah tak sanggup untuk kehilangan yang lainnya. Aku cuba untuk menghargai mereka yang masih ada. Kerna itu aku menyaksikan perubahan sikap rakan-rakan kelasku, mungkin mereka juga merasakan sebagaimana yang aku rasakan.

Aku juga melihat perubahan sikap rakan-rakanku dari buruk kepada yang lebih baik. Jika sebelum ini lisan mereka agak kasar dalam bergurau, kadangkala melampau dalam berkata-kata namun ia berubah sedikit demi sedikit. Cuma apa yang aku harapkan, perubahan ini bukanlah kerana pemergiannya kerana jika begitu ia pasti tidak berkekalan lama, tetapi jika kita berubah kerana Tuhan, pasti ia akan berterusan. =)..


Kenangan Kita Bersama

Aku percaya tidak ramai yang telah melihat rakaman ini. Ini adalah rakaman pentomen yang kami sempat jalankan ketika majlis perpisahan Cikgu Noraini. Ni merupakan antara jasa-jasa Faiz yang kami takkan lupakan. Sepatutnya beliau  bertanggungjawab menjadi MC bagi majlis tersebut, tetapi beliau menolaknya dan memilih untuk menjayakan pentomen ini.






Satu perkara yang aku masih ingat waktu pentomen ni, bila Faiz naik berlakon sebagai pelajar gengster yang baru balik dari memonteng, semua pelajar-pelajar yang berada di bawah yang menyaksikan pentomen tersebut bersorak. Orang yang selama ini berwatakan 'soleh' di alam realiti, namun disuruh menjadi 'samseng' di alam fantasi, sesuatu yang menjengkelkan.. =)



Teruskan Sumbangan =)

Ayuh rakan-rakan sekalian, kita boleh berbakti untuk dia disana. Mungkin semasa hidupnya, tiada sumbangan yang dapat kita berikan, inilah masanya untuk kita buktikan erti sebenar persahabatan. Teruskan berdoa supaya dia dipermudahkan jalan dan diberi ganjaran yang setimpal dengan amal kebaikannya. Mudah-mudahan beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah. Dan kita yang masih disini, berdoalah semoga kita dikurniakan 'husnul khatimah' sebagai satu 'langkah kanan' untuk menuju syurga yang abadi. 








Saturday, 24 March 2012

Sekadar Persinggahan?



Hati mula keliru memikirkan hala tuju,
Perlukah aku beransur dari taman syurga itu,
Atau meneruskan pencarian mutiara ilmu,
Kebobrokan sistem membuatkan aku jemu,
Jemu menanti kesudahan yang tak ketemu.

Wahai Tuhanku, kau tempat aku berkongsi,
Tetapkanlah bagiku destinasi yang hakiki,
Aku hanya mampu memerhati dan berkoreksi,
Namun kepadaMu jualah penyerahanku beri,
Moga pilihanku ini sentiasa diberkati.

Bukan soal kesombongan dan tinggi keyakinan,
Dilema prasangka kadangkala memakan tuan,
Aku sekadar mencari ketentuan sebuah perjalanan , 
Yang mungkin berada disana dan mungkin juga bukan,
Ya Rabbi, kurniakanku kesudahan dalam pencarian.


Sekadar Ilusi. =)





Friday, 23 March 2012

Penantian Sebuah Penentuan

Assalamualaikum.

Dua hari yang lepas merupakan hari penentuan bagi keseluruhan pelajar yang mengambil SPM pada tahun 2011 dan aku adalah salah seorang daripada mereka. Sebagaimana biasa, jantung berdegup kencang bagai tiada tanda ianya akan reda, hati mula gemuruh, gelisah dan resah menantikan sebuah natijah. Hasilnya, alhamdulillah walaupun 'hasil' ku tidak 'berdiri sama tinggi' dengan mereka-mereka yang cemerlang, namun ia sudah cukup untuk membuatkan 'orang tua' ku tersenyum.

Namun bukan soal 'result' yang ingin diperkatakan, tapi aku tertarik dengan suasana sebelum keputusan tersebut diumumkan. Kesemua individu yang terlibat dengan peperiksaan 'maut' tersebut bagaikan tidak senang duduk, kejap kekiri, kejap kekanan, deringan telefon yang tiada henti bertanyakan mengenai keputusan yang diperolehi. Cara yang terbaik dan termampu dilakukan oleh mereka untuk meredakan kerisauan adalah dengan berbual dengan rakan-rakan.




Namun, aku terfikir bagaimana suasana kita di hari 'hisab' kelak. Hari ini kita masih ada rakan dan guru untuk mentenangkan keadaan, kita masih ada teman untuk redakan kegelisahan, kita masih ada ibu bapa untuk memberi kata-kata semangat. Hari ini juga andai kita gagal, kita masih ada peluang untuk mencubanya buat kali yang kedua, jika keputusan kurang memuaskan kita masih diberi ruang untuk menyemak kembali jika berlaku sebarang kesilapan. Masih indah rupanya 'penentuan' pada 'hari ini'.. =)

Tetapi bagaimana kita di hari 'kemudian' nanti, di hari penentuan yang hakiki. Masih adakah rakan dan teman yang boleh dimanfaatkan..? Masih adakah guru dan ibu bapa untuk memberi kata-kata perangsang..? Masih adakah peluang untuk kita mengulangi kehidupan buat kali kedua..? Masih terbukakah pintu untuk kita memintaNya supaya disemak kembali hitungan amalan..? Masih indah rupanya 'penentuan' pada 'hari ini'... :')

“Sesungguhnya kalian akan menjumpai Allah dalam keadaan tidak beralas kaki, tidak berpakaian, berjalan kaki, dan belum dikhitan.” (Hadits shahih. Diriwayat-kan oleh al-Bukhari, no. 6043)
 “Sesungguhnya kalian akan dikumpulkan (ke Padang Mahsyar) dalam keadaan berjalan, dan (ada juga yang) berkendaraan, serta (ada juga yang) diseret di atas wajah-wajah kalian.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, dan beliau mengatakan, “Hadits hasan.” Hadits ini dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahiih at-Targhib wat-Tarhib, no. 3582).
“Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari qiamat sehingga ia disoal empat perkara: tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang masa mudanya untuk apa digunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang apa amalan yang telah dilakukan sesuai dengan apa yang telah diketahuinya?”(At-Tirmizi)


Sekadar Ilusi


Ayuh! Kita sudah melepasi 'penentuan' hari ini. Cemerlang atau tidak bukan persoalan, yang lebih perlu dan penting untuk kita cemerlang dan gemilang adalah  'penentuan' di kemudian hari. Jadi manfaatkan ruang yang ada, pergunakan masa yang berbaki agar tidak menyesal di hari perhitungan nanti...