Social Icons

.

Pages

Wednesday 9 May 2012

"Kau Lebih Teruk Dari Binatang"..?

Assalamualaikum.

Bila seseorang melakukan kezaliman dan kekejaman, pasti akan ada yang mengatakan 'kau ni lebih teruk daripada binatang..!'  Kerana apa? Kerana manusia dikurniakan akal fikiran untuk dijadikan petunjuk dalam melakukan sebarang tindakan namun haiwan tidak dikurniakan akal fikiran, jadi usah hairan andai kita terlihat kucing kencing merata, anjing 'melepas' di tepi-tepi jalan, monyet kebas buah-buahan di kebun dan sebagainya. Yang perlu kita hairan dan takjub adalah apabila jika ada manusia yang melakukan apa yang haiwan-haiwan ini lakukan. 'Melepas' di tepi-tepi highway, kencing di longkang kantin sekolah dan 'amalan-amalan haiwan' yang lain.

Dua tiga hari ni gempar mengenai video penderaan yang dilakukan seorang wanita terhadap anaknya/anak saudaranya/anak jagaannya dan sebagainya. Pada mulanya aku menganggap isu ni biasa, kerana ini bukan kali pertama kes seperti ini terjadi. Alangkan makhluk yang berstatus 'janin' pun mereka sanggup jadikan sup, mereka sanggup bakar dan buang di tepi-tepi surau, apatah lagi penderaan kanak-kanak seperti yang diperkatakan. Namun, segalanya berubah apabila aku menonton sendiri video tersebut. Aku masih terfikir kenapa 'wanita' itu tergamak melakukan sedemikian, aku tak nampak walau sedikit pun ehsan dalam diri wanita tersebut. Berkiblatkan nafsu dan hasutan syaitan, tidak mengjengkelkan andai wanita tersebut berkakhlak neo-iblis. Tidak berminat untuk berbicara panjang, lihat sendiri...




Sudah lihat..? Apa perasaan anda, rasa nak marah? rasa nak mencarut ? rasa nak bakar wanita ni dalam 'api neraka'..? Tidak perlu, sebab ramai dah yang menyatakan sedemikan. Dikhabarkan wanita ni sudah ditangkap oleh pihak berkuasa dan telah dijatuhkan hukuman yang bersesuaian. Hukuman dunia mungkin sudah settle, tapi hukuman akhirat sedang menanti untuk dijalani. 'Syurga itu dibawah tapak kaki ibu'.. Namun perbuatan wanita ini menyepak anak kecil tersebut bukanlah beerti beliau mahu memberikan 'syurga', sekadar 'meluluskan' dirinya untuk memijak api neraka. :) Cuba bandingkan seketika dengan sikap dan akhlak haiwan yang 'tidak berakal' ini..




Menghayat hati bukan..? Inilah ukhwah. Inilah adab. Inilah kasih sayang. Dan siapa yang menonjolkan semua ini..? Tidak lain tidak bukan dari kucing yang 'tidak berakal' tersebut. Fikirkan sejenak, haiwan yang tidak berakal masih ada perasaan sayang antara mereka, namun ada manusia yang tiada perasaan sayang dan kasih sesama mereka.. Jadi dimana agaknya wajar untuk kita klasifikasikan individu-individu ini..? Maka tidak hairanlah mengapa ungkapan 'kau lebih teruk dari binatang' itu tercipta.

Kesimpulannya, Allah sendiri dah bukukan dalam kitabnya yang suci :

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah”. -(At-Tin ayat 4-5)

Pesanan ringkas: Ramai kaum hawa di luar sana yang menginginkan cahaya mata namun tidak kesampaian, kalau rasa diri tidak memerlukan si kecil, lebih baik diberikan kepada mereka yang bersedia dari 'memberi' derita kepada yang tidak meminta.






0 comments:

Post a Comment