Social Icons

.

Pages

Tuesday 22 May 2012

Kami Juga Diganggu..!

Assalamualaikum.

*'Seorang wanita telah membuat laporan polis kerana beliau dipercayai telah mengalami gangguan seksual oleh rakan sekerjanya' - Petikan Akhbar.


Normal bukan berita sebegini? Bagaimana jika berita tersebut berbunyi begini :

*'Seorang lelaki telah membuat laporan polis kerana beliau dipercayai telah mengalami gangguan seksual oleh rakan sekerja wanitanya'


Kelihatan janggal? Benar, namun hakikatnya itulah yang sedang berlaku. Ramai yang mengganggap hanya kaum Hawa sahaja yang 'diganggu', namun kaum Adam 'diganggu' dengan gangguan yang lebih dahsyat. Buktinya, mana yang lebih menarik perhatian jika dibandingkan antara lelaki memakai seluar pendek ataupun perempuan yang memakai seluar pendek..? Belum tentu wanita tertarik dengan lelaki yang sedemikian tetapi sudah tentu lelaki tertarik dengan wanita yang memakai pakaian sedemikian.

Aku bukan mahu membicara soal 'siapa tertarik dengan siapa', tetapi 'siapa yang menarik siapa'. Berapa banyak kes gangguan seksual yang disandarkan kesalahan jenayah tersebut hanya kepada lelaki. Jarang aku dengar wanita dipersalahkan bahkan sentiasa mendapat hak pembelaan.


Kami Diganggu Dengan Ini!





Lelaki itu ibarat harimau liar yang sedang lapar,wanita janganlah cuba hampiri 'haiwan' tersebut dengan membawa daging ditangan kerna dibimbangi bukan hanya daging yang akan dibahamnya, bahkan nyawa pun belum tentu kekal di'tempat' asalnya. Cubalah fikirkan apa yang kalian lakukan wahai kaum Hawa.Kadangkala sikap kalian menjadi batu loncatan kepada segala pemasalahan. Kalian tidak mahu diganggu tetapi selalu mengganggu. Jadi, rasionalah, jangan sorongkan bantal kepada orang yang mengantuk.



Bukan Mahu Membela


Aku bukan mahu membela kaumku, hanya mahu meletakkan neraca kebenaran di tempatnya. Tidak dinafikan kadangkala lelakilah yang menjadi puncanya walaupun wanita sudah menjaga apa yang perlu dipelihara olehnya. Prinsip yang aku pegang sangat mudah, bunyi tepukan takkan terhasil hanya dengan satu tangan, ia memerlukan kombinasi 'sepasang' tangan untuk menghasilkan bunyi.


"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" (an-Nur : 26) 







0 comments:

Post a Comment