Social Icons

.

Pages

Saturday, 21 January 2012

Salah satu, salahkah semuanya?

Assalamualaikum.


'Wey, tadi Siti telefon.. Dia ajak kita pergi kuliah maghrib malam ni kat masjid biasa' kata Nur


'Ko dengar sangat cakap dia kenapa, dia tu tudung pun tak pakai ada hati nak ajak gi masjid!' balas Haliza


'La..apa kaitan masjid dengan pakaian dia..? Sekurang-kurangnya dia ada lagi sikap cintakan majlis ilmu' Nur cuba membela.


'Kalau ko nak pergi, ko pergi la.. aku memang takkan dengar apa-apa dah dari Siti tu.. dasar munafiq!' tegas Haliza.


Sudah menjadi kebiasaan, sekali kita melakukan silap akan ada yang 'mengecop' untuk selama-lamanya. Benar, menanggalkan tudung itu satu kesalahan yang sangat jelas, namun ajakan untuk ke masjid itu adakah merupakan satu keburukan..? Begitulah sikap manusia dalam menghukum. Jika melakukan kesalahan dalam satu perkara, anda akan dinilai 'salah' dalam semua perkara.


Manusia yang normal akan melakukan kesilapan dan begitulah sebaliknya. Boleh jadi seseorang itu kurang/salah/lemah dalam satu perkara, namun mungkin dalam perkara yang lain dia jauh lebih baik dari kita. Bagitu juga situasi ini berlaku didalam suasana 'perbezaan pendapat'. Bukan setiap masa dan ketika pendapat kita akan selari dengan kebenaran, dan boleh jadi ada ketikanya pendapat kita jauh dari kesilapan.


Salah dalam satu perkara, tidak menjadikan seseorang itu salah dalam semua perkara. Tidak wajar untuk menghukum individu secara mutlak. Bahkan kadang kala yang apa yang 'dihukum' tersebut langsung tidak berkaitan dengan akhlak seseorang.


Harun  :  Ko tengok Salim tu, pakai seluar jeans. Memang aku agak dah dia ni jenis teruk.


Bachik : Tapi Salim tu ada bagusnya juga, dia jaga solat, rajin mengaji dan senang dengar   
             nasihat.


Harun  : Ah, tapi dia tetap pakai seluar jeans! Dia jahat!




Kesimpulannya mudah sahaja. Dalam perkara yang salah, wajib untuk kita mengatakan ia salah. Namun jika di sana ada kebaikan dari seseorang, wajib dan sangat wajar untuk kita mengatakan perkara itu baik walaupun kadang kala dia melakukan kesalahan. Dia lah yang lebih mengetahui perihal hambaNya. Belajarlah untuk bersangka baik dengan orang lain, sebelum sangkaan buruk yang dilemparkan oleh orang lain keatas kita. 'Manusia dan 'kesilapan' itu ibarat karbon dan oksigen yang tidak dapat dipisahkan untuk membentuk molekul karbon dioksida.



0 comments:

Post a Comment