Social Icons

.

Pages

Sunday 22 January 2012

Persepsi Bukan Konklusi

Assalamualaikum.

Anda pernah menjadi pengawas sekolah? ketua kelas? ahli jawatan kuasa sebuah persatuan? dan apa jua jawatan yang boleh dipegang dizaman persekolahan. Bukan sesuatu yang mudah untuk menjadi 'orang penting' dalam satu perkara, kerana akan ada  'orang tidak penting' yang akan bersuara. Persepsi positif itu satu keperluan namun yang negatif juga sering menjadi pilihan.

'Ko ni semua jawatan nak bertanding'

'Ko taknak cuba bertanding jadi Pengetua sekolah ke?'

'Ko kan pengawas, aku pelajar biasa je'


Sudah menjadi lumrah bagi mereka yang 'berkuasa' untuk menghadam semua 'pujian' seperti ini. Boleh jadi 'pujian' itu satu sindiran , boleh jadi juga satu gurauan, dan boleh jadi juga ia merupakan satu cercaan. Di mana silapnya..? Yang menerima jawatan atau yang melemparkan hinaan?

Bagi aku yang pernah 'menggiatkan' diri dengan dua keadaan ini.. pernah memegang jawatan dan pernah menjadi orang bawahan, kedua-dua pihak ada kesilapan dan kesalahan yang sengaja @ tidak sengaja dilakukan.

Setiap anak Adam (yakni manusia) pasti melakukan kesalahan, sedangkan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat.-al-Tirmizi 



Antara kesilapan yang dilakukan oleh 'yang berkuasa' ialah kurang mesra. Kerap kali individu yang berpangkat hanya duduk dikalangan 'mereka' sahaja tanpa bergaul dengan mereka yang 'biasa'. Terlalu over tindakan juga bakal memakan tuan. Pelbagai program yang ingin dilaksanakan, pelbagai misi dan visi yang dicanangkan, pelbagai 'motivasi' yang diberikan, namun ia sekadar mengintai di lisan bukan pada tindakan.  Kadangkala ada sesetengah daripada mereka yang terlampau bersemangat, tiap-tiap masa dan waktu ingin dipenuhi dengan aktiviti persatuan. Manusia apabila dipaksa sekali, tindakannya masih boleh dikategorikan sebagai ikhlas, namun jika dikerah untuk kali yang kedua dan ketiga, kategori 'ikhlas' akan berganjak kepada 'malas'.

Begitu juga bagi mereka yang 'biasa'. Kebiasaannya mereka hanya mampu melakar tanggapan buruk kepada yang 'berkuasa'. Menjustifikasikan orang yang 'berkusa' sebagai sombong, berlagak dan barua merupakan lumrah dalam kehidupan. Kebanyakan mereka yang 'biasa' juga tidak memilih untuk bergaul dengan mereka yang 'berkuasa', kerana risau akan terpalit dengan 'labelan-labelan' yang diberikan kepada yang 'berkuasa. Terdapat juga dikalangan mereka golongan yang iri hati dan dengki, melihat rakannya yang berjawatan sangat dihargai kehadirannya, maka muncul lah perasaan yang serba tak kena.




Semuanya berbalik kepada bagaimana cara kita mengendalikan 'persepsi'. Sama ada meletakkan ia dalam kerangka kebaikan atau mengekalkan ia dalam keburukan. Teringat kepada seorang rakan yang sedang berjuang menentang 'persepsi buruk' di salah sebuah institusi pendidikan ( Kuliah ). Belum lagi diangkat menjadi penguasa, tetapi dia sudah melakukan perkara yang luar biasa. Ada yang menerimanya sebagai satu usaha yang murni, namun majoriti menolaknya dengan mencaci. Namun, aku mengambil pendekatan untuk 'tunggu dan lihat' , andai tindakannya membuahkan kemaslahatan yang melebihi kemafsadatan, maka ia wajar diteruskan , tetapi jika sebaliknya yang berlaku, pembersihan segera perlu dilakukan.  Orang kata  'kita boleh nak lebih, tapi jangan lebih-lebih'.

Kesimpulannya , persepsi itu bukan konklusi. Sesuatu perkara yang buruk boleh dianggap baik dan perkara yang baik boleh menjadi buruk jika 'persepsi' kita diaplikasikan dengan cara yang salah, ia boleh berubah mengikut perubahan masa, waktu dan ketika namun jika ia sudah berubah menjadi 'konklusi', tiada siapa yang mampu untuk mengubahnya kembali

0 comments:

Post a Comment