Social Icons

.

Pages

Saturday 4 February 2012

Itukah Hidayah?

Assalamualaikum.


Cikgu Ayu telah memberi Siti kerja rumah yang perlu disiapkan ketika cuti sekolah dan wajib dihantar selepas sesi persekolahan dibuka. Namun apabila tiba hari yang dijanjikan, perkara yang sebaliknya berlaku.


Cikgu Ayu   : Siti, sila hantar buku kamu, saya nak semak kerja sekolah yang telah saya                 
                    berikan.


Siti             : Belum siap la cikgu.


Cikgu Ayu  : Ha! Kenapa kamu tak siapkan lagi.. saya dah kata ia wajib dihantar!


Siti             : Mungkin belum sampai hidayah untuk saya siapkan kerja tu.


*Satu bentuk 'tapak tangan' indah terukir di pipi Siti akibat libasan back-hand dari Cikgu Siti.




Agak tidak munasabah bukan untuk menerima 'alasan' murid tersebut?. Namun bagaimana jika dialog yang sama digunakan namun berbeza pada isu dan situasi seperti :


"Ala, belum sampai seru dan hidayah dari Allah untuk saya bertudung"


"Nanti bila sampai seru, saya pakai la tudung.. Saya tak nak jadi hipokrit"




Bukankah sama sahaja alasan yang digunakan oleh murid di situasi yang pertama dan wanita yang tidak bertudung di situasi kedua...??






Hakikatnya, itulah alasan yang sering bemain di lisan mereka yang tidak menutup aurat atau lebih spesifiknya mereka yang free hair. Bukankah sudah jelas, terang tanpa perlu disuluh bahawa menutup aurat tu wajib sama ada bagi lelaki ataupun perempuan. Persoalannya, mengapa tiada yang memberikan alasan yang sama ketika diajukan mengenai perintah solat...?


"Kenapa ko tak solat asar tadi...?"


"Belum sampai hidayah untuk aku solat asar"




Kenapa situasi ini tidak berlaku...? Mudah sahaja, kerana perintah untuk menutup aurat tidak dianggap sebesar perintah untuk solat. Sedangkah kesemuanya adalah perintah yang wajib dituruti walaupun perintah tersebut sebesar zarah namun kerfarduannya tetap diambil kira. Jangan salahkan Dia kononnya tidak memberikan hidayah untuk kita turutiNya sedangkan Dia sudah berfirman :


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11




Perkara yang sudah sedia wajib, dan tertulis di kalam Allah dan sabda Rasulnya maka wajib untuk kita patuh dan taat dengan semua yang dipertanggungjawabkan. Tidak wajar untuk mengatakan 'masih belum sampai masa', 'masih menunggu seru', 'bila dah sedia baru saya pakai tudung' dan sebagainya.. Adalah lebih wajar dan perlu untuk kita bertanya kembali kepada mereka yang bersikap sedemikian.


"Bila masa kamu dapat hidayah untuk tidak bertudung...?"


"Allah seru supaya buka tudung ke..?"




Kesimpulannya, jujurlah ketika melafazkan dan memberikan sesuatu alasan untuk membela sebarang kesalahan. Jangan peralatkan 'agama' untuk menyelamatkan diri di dunia. Berterus terang sahaja jika memilih untuk tidak 'bertudung'. Tidak perlu menggunakan helah 'hidayah' dan sebagainya untuk menutup perkara yang sudah jelas bercanggah dan salah. 


"Bukan semua perempuan yang bertudung itu baik , tapi perempuan yang baik akan bertudung"

2 comments: