Social Icons

.

Pages

Friday 9 March 2012

Kekalkah Tarbiah Itu?

Assalamualaikum.
 
'Ko sekolah agama kan..? Ha, ko lah jadi imam'

'Ko sekolah arab dulu kan, jadi ko la yang kena handle majlis tahlil ni'


Dialog diatas mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang bersekolah agama atau mereka yang pernah belajar di mana-mana institusi agama. Begitulah selalunya pengiktirafan yang diberikan oleh masyarakat kepada individu yang pernah mendapat didikan agama. Dari sudut positifnya, ia merupakan satu kelebihan kepada pelajar-pelajar yang bersekolah agama kerana mereka sudah dicop sebagai insan yang berilmu  atau dalam erti kata lainnya 'alim'. Sebagai contoh, setiap kali berlangsungnya majlis tahlil, solat hajat atau ceramah perdana, nescaya pelajar sekolah agama akan dijadikan sasaran untuk memenuhi majlis-majlis tersebut.

Namun, kadang-kala ada individu-individu yang bersekolah agama agak tersasar sedikit 'perjalanan' mereka. Berapa  ramai yang dahulunya memakai tudung labuh ketika di sekolah menengah, namun apabila menjejakkan kaki ke universiti, tudung tersebut hanya sekadar memenuhi ruang di dalam almari. Berapa ramai yang dahulunya berjubah dan berbaju kurung ketika di zaman persekolahan, namun kini seluar 'jeans' dan baju sendat yang menjadi pakaian harian.

Itu hanyalah sedikit contoh perubahan yang berlaku dari sudut pemakaian, namun perubahan yang paling besar dan ketara yang berlaku kepada mereka adalah perubahan 'moral'..! Kalau dahulu di zaman persekolahan, dialah insan yang paling menjaga adab, menjaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan, menjaga maruah diri dari dicemari sebarang titik-titik hitam, namun kini apabila sudah tamat sesi persekolahan, dialah yang paling menonjol dalam perkara-perkara maksiat seperti dating, couple dan sebagainya. Bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang mana dahulunya diterima hukumnya sabagai 'haram', namun kini ia beransur-ansur beralih kepada 'halal'.





Dimana kesan 'pentarbiahan' agama yang diperolehi selama 5 hingga 10 tahun ketika masih di zaman persekolahan..? Mungkin definisi sekolah agama bagi mereka adalah 'beragama hanya di sekolah' sedangkan agama bukan satu peraturan ataupun konsep yang hanya diaplikasikan di tempat-tempat atau waktu-waktu yang tertentu, agama merupakan satu CARA HIDUP.  Apabila dikatakan agama merupakan satu cara hidup, jadi secara jelas dan terang lagi bersuluh 'hidup' adalah mesti dan wajib diikat dengan 'agama'.

Bagi mereka yang tersasar seperti ini, anda telah manjadi dalang kepada fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada pelajar sekolah agama yang lain kerana kebiasaannya hukuman yang diberikan olah masyarakat adalah bersifat umum.

'Harap je sekolah agama, tapi berdating juga'

'Tiada beza pun antara pelajar sekolah agama dan pelajar sekolah biasa'


Ini antara dakwaan-dakwaan yang biasanya bermain di mulut masyarakat. Mereka merasakan sekolah agama bukan lagi satu institusi yang boleh diberi kepercayaan untuk memandu generasi akan datang sebagai satu wadah memperolehi 'syurga'. Dan yang lebih parah, perlakuan yang dilakukan oleh sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab itu boleh membawa fitnah yang besar kepada agama Islam itu sendiri. Mereka yang bukan Islam tidak akan nampak perbezaan antara agama kita dan  agama mereka sedangkan sudah semestinya agama kita merupakan agama yang benar dan paling bermoral.

Jadi konklusinya, kembalilah kepada yang asal. Apabila kita sudah bersetuju untuk memegang tittle sebagai seorang 'muslim', kita bukan sahaja membawa imej diri namun imej 'agama' juga akan sentiasa diperhatikan. Berhati-hatilah ketika melakukan sebarang tindakan, kerna tindakan adalah cara yang paling mudah untuk menterjemahkan kejahilan.

~Agak terkilan dengan beberapa orang rakan yang sudah tersungkur di medan peperangan nafsu~








0 comments:

Post a Comment