Social Icons

.

Pages

Thursday 23 August 2012

Andai Hidup Satu Pekerjaan.

Assalamulaikum.

'Ah, dah lambat dah ni. Habislah aku'

Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Ahmad yang sepatutnya masuk kerja pada pukul 8.00 pagi walaubagaimanapun baru terjaga dari lenanya. Tempoh untuk beliau bersiap dan perjalanan ke tempat kerja memakan masa hampir 30 minit.

'Ahmad, kenapa awak lambat??! Saya taknak dengar apa-apa alasan.Gaji bulan ini dipotong 30%!' tengking bosnya.

'Tapi Tuan, saya baru first time lambat, dan bukan saya sengajakan untuk lambat.. Lagipun...'

'Cukup! Saya dah kata, tiada alasan yang saya akan terima!

Keesokan harinya, sekali lagi Ahmad lambat. Kali ini, beliau sampai ke tempat kerja pada pukul 8.30 pagi, lebih awal sedikit daripada semalam.

'Ahmad! Masuk ke bilik saya' arah bosnya.

'Ada apa Tuan panggil saya?'

'Ni ada surat untuk benarkan awak datang lambat dan tak perlu datang terus'

Ahmad dilucutkan serta merta dari perkhidmatannya. Tanpa ada sebarang ruang untuk menyatakan sebab dan alasan, kesudahan kariernye diakhiri dengan surat pemecatan.




Itulah sebahagian rencah alam pekerjaan. Andai arahan dan suruhan dibelakangkan, andai disiplin ditinggalkan maka bersedialah untuk 'dijatuhkan'. Bonus dan kenaikan gaji hanya akan diberikan kepada mereka yang berprestasi tinggi, yang rajin dan yang membawa keuntungan kepada syarikat.


Kalaulah Ia Kehidupan.

Bayangkan andai Tuhan itu 'bos' dan kitalah pekerjanya. Bayangkan segala suruhan yang Tuhan perintahkan sama seperti suruhan yang bos kita arahan di tempat kerja. Solat dilakukan pada waktunya, puasa dilakukan pada bulannya dan ibadah yang lain dilakukan pada masanya. Dan yang paling penting bayangkan jika 'ketegasan' Tuhan sama seperti ketegasan bos di tempat kerja.

'Sesiapa yang melewatkan solat, akan 'dikecualikan' 30% peratus oksigen yang diperlukannya bagi satu bulan'

'Sesiapa yang meninggalkan puasa, akan 'disita' tangan kanan dan kaki kirinya sebagai hukuman kerana meninggalkan puasa'

Benar setiap kemungkaran yang kita lakukan akan ada pembalasan di hari kesudahan kelak, namun jarang sekali Tuhan  membalas direct diatas muka bumi ini. Dia masih memberikan kita peluang untuk berkoreksi dan berubah. Bahkan andai semua perintahnya kita tinggalkan, solat tidak didirikan, puasa tidak dilakukan dan sebagainya, Dia masih memberikan kita nikmat yang sama sebagaimana orang yang menurut perintahnya.

Kalau bos ditempat kerja mengatakan 'sesiapa yang tidak ikut arahan saya, saya akan pecatnya serta merta'. Pernahkah kita terfikir andai Tuhan juga begitu, mengsabdakan 'sesiapa yang tidak menurut perintahku, akan ku cabutkan nyawanya serta merta'. Andai itulah yang berlaku, bilangan makhluk di muka bumi ini boleh dikira dengan jari sahaja. Hakikatnya, bos hanyala berfungsi sebagai penyelia kepada sesuatu syarikat atau institusi kecil, namun Tuhan merupakan penjaga bahkan pencipta alam semesta ini. Dia yang Maha Agung, Maha Besar dan tiada kuasa lain dapat menandinginya, namun seringkali kita lupa bahawa Dia juga adalah Maha Pengampun. :)





Hanya Takwa Jadi Neraca.

Belajarlah untuk bersyukur, walaupun kita seringkali kufur dengan nikmat yang datang percuma, namun Dia tetap memberi kita peluang yang keduanya. Berapa ramai mereka yang berjaya didalam kehidupan, namun tidak pernah walau sekalipun berdoa kepada Dia supaya memberikan kejayaan tersebut. Namun Tuhan memberikan nikmat yang lebih kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya, sama ada mereka yang ingkar mahupun taat. Berlainan dengan sistem pekerjaan, bonus dan kejayaan hanya datang kepada mereka yang rajin dan mengikut perintah sahaja.

Hari ini, hanya mereka yang berkerjaya sahaja dipandang tinggi dan disanjung, manakala sebaliknya kepada mereka yang kurang bernasib baik. Penilaian manusia hanya berkisarkan nilai dan keuntungan, mana-mana yang tidak membawa keuntungan, akan segera 'dicantas'. Berbeza dengan penilaian Tuhan, ia merangkumi skop yang lebih universal yang boleh dicapai oleh sesiapa sahaja dan dalam keadaan apa jua.

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kalian” [TMQ Al-Hujurat:13]



Tidak beerti mereka yang kaya dan mempunyai kelebihan itu disayangi Tuhan, tidak bermakna mereka yang hidup susah dan miskin itu dimurkainya, namun hanya takwa yang menjadi neraca. Berulang kali kita melakukan dosa, berulang kali kita membuat Dia murka namun entah berapa kali Dia memberi peluang untuk kita kembali bertakwa. Sedarilah, Dia yang paling mudah memberi nikmat kepada hambanya tetapi Dia jugalah yang paling 'toleransi' didalam menghukum hambanya. Amatlah malang kepada kita yang tidak bersyukur, bahkan lebih malang kepada mereka yang terus kufur.







0 comments:

Post a Comment