Bismillahirrahmanirrahim.
'Amboi, laju betul ko nie menulis.. aku baru perenggan kedua nie' ujar ku.
'Aku laju ke ko yang perlahan...?' balas rakan tersebut.
Tiada apa yang aku mampu balas, sekadar teruskan menyalin nota dan buat-buat tak dengar perlian tersebut.Satu persoalan yang sangat mendalam untuk difikirkan. Kalau difikir balik, sememangya aku yang banyak berkhayal berbanding beliau yang fokus dengan apa yang sedang dilakukan.
Inilah situasi yang sering berlaku kepada manusia, sering memanipulasikan kelebihan orang lain untuk menutup kelemahan diri sendiri walaupun kadang-kala kelemahan tersebut berpunca dari sifat mereka sendiri.Begitu juga situasi ini boleh dilihat dalam peperiksaan. Kerap kali terkeluar ayat-ayat yang berbunyi
'Ko tu dah memang lahir cerdik, takyah belajar beria-beria sangat.. lainlah aku ni,otak aku ni separuh je dari otak ko tu'
Macam mana agaknya ya.. kalau diperhatikan, adakah yang mengaku 'berotak separuh' itu meningkatkan usahanya apabila mengetahui rakannya jauh lebih cerdik dan pintar darinya..?? Tidak bukan..? Bahkan sering mencari perbagai alasan dan helah untuk menutup sikap jahilnya itu. Memang tidak dapat dinafikan, ada sesetengah insan yang mendapat kelebihan dari sudut ketajaman dan kecerdasan akalnya, namun Allah sudah berfirman :
{Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)} -Surah At Tiin, Ayat 4
Jadi, semua ciptaan itu sesuai dengan keadaannya. Manusia merupakan ciptaan Allah yang paling sempurna. Andai kata kita dilahirkan dalam keadaan yang kurang tahap intelektualnya, pasti ada cara untuk menyelesaikan kelemahan tersebut.
'Amerika tu kuat, tentera dieorang ramai dan senjata dieorang semuanya canggih-canggih' kata Abu.
Pasti kita terbiasa dengar ungkapan ini bukan..? Ya, benarlah bahawa kebanyakan musuh-musuh Islam mempunyai banyak kelebihan dari seluruh aspek sama ada ketenteraan, senjata dan lain-lain. Namun apa usaha yang kita lakukan untuk menandingi mereka..? Adakah hanya sekadar mengakui kehebatan mereka dan kembali kepada rutin harian tanpa sebarang anjakan..?
Cuba fikirkan seketika, bagaimana pihak musuh boleh menjadi kuat sebegitu rupa..? boleh menguasai dunia sebegitu rupa..? Adakah secara tiba-tiba sahaja mereka menjadi kuasa besar.? Jawapannya TIDAK! Mereka bijak memanipulasi kelemahan kita kerana kita tidak pernah cuba untuk menjadi hebat seperti mereka.
Kesimpulannya, jangan salahkan orang yang kuat andai kita rebah kerana kekuatan mereka diambil dari sikap kita yang lemah..! Wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment