Social Icons

.

Pages

Thursday, 19 January 2012

Janji Itu Ditepati

Assalamualaikum.

'Wey, jom buat blog nak tak.. kita belajar dengan acap' ajakan seorang rakan.

Ketika itu aku masih di umur 'PMR'.. ajakan tersebut ditolak serta merta kerana faktor umur dan kekeringan fakta untuk diterjemahkan dalam penulisan. 

'Ko je la yang buat, ko cerdik, alim lepas tu mesti banyak benda ko boleh tulis' balas ku.

'Ikut ko la, aku buat blog nie ade matlamat aku sendiri.. habis, bila ko nak join aku nye..? kalau nak tunggu idea sampai bergolek, tiada guna Allah cipta akal untuk kita' perli rakan tersebut.

'Nanti la, aku janji bila dah sedia aku buat. Mungkin 2/3 tahun lagi.. lepas SPM pun okey jugak.. masa tu mesti dah matang sikit...' aku memberikan jawapan.

'Hahaha.. ikut ko la, aku buat dulu la kalau macam tu' tegas beliau.


Ya, rakan tersebut utuh dan teguh dengan pendirian beliau. Akhirnya, dia mengorak langkah dengan menghasilkan satu blog yang sangat santai, simple tapi ada mesej nya. Aku kagum dengan cara yang beliau aplikasikan pandangan dalam penulisannya. 

Hari demi hari berlalu, tahun demi tahun beredar, kini sudah tiba pada waktu yang aku janjikan kepada rakan tersebut..Pergerakan masa begitu pantas bagai persembahan teater yang dimainkan diatas pentas. Malah, rakanku tersebut telah pergi membawa dirinya menghadap Ilahi.. Janji yang diikat seakan semakin pudar dari diri ini.. 

Namun Tuhan itu Maha Mengetahui. Dia datangkan seorang sahabat lain yang menghangatkan kembali 'janji' tersebut..Mencadangkan supaya aku menghasilkan satu blog yang bermanfaat, tidak terlalu berat juga tidak terlalu padat. Masa yang diambil untuk menimbang cadangan tersebut bukanlah satu masa yang singkat. Penilitian dilakukan antara keperluan dan kemahuan. Perlukah aku membuat blog..? Dan adakah aku buat hanya kerana kemahuan tanpa tujuan..?

Setelah berkoreksi diri, aku ambil keputusan untuk menulis. Walaupun banyak kekurangan dari segenap aspek yang perlu ditampung, hakikatnya orang yang  tidak pandai berenang juga akan timbul di air jika menggunakan pelampung. Moga pilihan ini mendapat ihsan dari Tuhan di waktu pengiraaan kelak.






0 comments:

Post a Comment